Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hadi Tekad Bentang Pindaan RUU 355 Dalam Sesi Parlimen Kali Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hadi Tekad Bentang Pindaan RUU 355 Dalam Sesi Parlimen Kali Ini

MARANG: PAS akan meneruskan pembentangan pindaan RUU 355 pada sesi parlimen kali ini yang kekal sebagai rang undang-undang persendirian tanpa menyalahkan mana mana pihak.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya menghormati keputusan Barisan Nasional (BN) yang memutuskan untuk tidak membentangkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (pindaan) 2016 atau RUU 355.

“(Pembentangan ) Ini kewajipan, kewajipan bersama seperti masjid. Kerajaan benarkan untuk kita sembahyang Jumaat di masjid. Itu bukan kerja tipu, kerja apa, itu kerja agama, ini urusan agama bukan urusan tipu menipu tidak ada. Maknanya, ..apa saja halangan, PAS akan hadapi.

“Kita hadapi halangan itu dan kita kenal siapa yang menghalang InsyaAllah,” katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rhusila, Marang hari ini.

Menurut Abdul Hadi, RUU 355 akan dibentangkan mengikut Peraturan Dewan Rakyat dan akan dibawakan oleh beliau sendiri.

Dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Rabu lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (pindaan) 2016 atau RUU 355.

Keputusan itu selaras dengan amalan BN yang membuat keputusan berdasarkan konsensus bersama parti komponen.

Pada masa yang sama, Abdul Hadi melahirkan rasa syukur dengan keputusan UMNO yang tidak menentang usaha PAS untuk membentangkan pindaan RUU 355.

Pada masa sama, Hadi meminta semua pihak mematuhi Perlembagaan negara dan mengenepikan ideologi politik berhubung isu itu.

Hadi berkata, walaupun PAS berulang kali menegaskan bahawa pindaan RUU 355 khusus bagi yang beragama Islam sahaja, namun ia masih menjadi pertikaian dan perbahasan hangat.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oi017d

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.