Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Saya Jemput PM Najib Sebagai Tanda Terima Kasih' – Rajinikanth - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Saya Jemput PM Najib Sebagai Tanda Terima Kasih' – Rajinikanth

PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke India mengambil kesempatan bertemu pelakon terkenal negara itu, Rajinikanth di kediamannya hari ini.

Menerusi laman Twitter, beliau sempat berkongsi rakaman gambar beliau bersama legenda India itu, sebentar tadi.

“Baru sahaja bertemu dengan Superstar Tamil, Rajinikanth di kediamannya,” ucap Perdana Menteri.

Difahamkan, Rajinikanth telah menghantar jemputan kepada Perdana Menteri kerana sebelum ini tidak berpeluang untuk bertemu dengan beliau ketika penggambaran filem Kabali di Malaysia, pada tahun lalu.

“Apabila membuat penggambaran filem Kabali di Malaysia, mereka telah memberi kerjasama yang baik.

“Jadi, saya cuba untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau ketika berada di situ, tetapi gagal kerana beliau agak sibuk.

“Apabila saya mendapat tahu beliau di Chennai, saya menghantar jemputan untuk bertemu dan beliau menerimanya,” kata Rajinikanth kepada media India dalam satu sidang media.

Tambah pelakon berusia 66 tahun itu, PM Najib turut menawarkan peluang untuk membuat lebih banyak filem di Malaysia.

Perdana Menteri tiba di India pada Khamis lalu untuk satu lawatan rasmi selama enam hari.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mUZHuV

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.