Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sukan SEA: Peluang Iskandar Beraksi Cerah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sukan SEA: Peluang Iskandar Beraksi Cerah

Pemain perseorangan lelaki Negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin. – Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan lelaki kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin kini boleh menarik nafas lega selepas doktor pakar memaklumkan dia berpeluang beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

Namun buat masa ini, dia dinasihatkan supaya lebih kerap menjalani fisioterapi kerana keretakan tulang belakangnya itu akan sembuh dengan sendiri.

Pemain berusia 25 tahun itu juga dinasihatkan menjalani latihan ringan saja supaya usaha pemulihan tidak terjejas.

“Sekarang kecederaan saya semakin pulih, memang ada cakera terganjak. Semalam saya sudah jumpa doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur dan doktor menjelaskan dalam sukan kecederaan ini biasa berlaku.

“Saya kembali bersemangat apabila doktor beritahu, saya masih berpeluang beraksi di Sukan SEA atau mungkin lebih awal lagi,” katanya selepas menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara.

Menurutnya, doktor tidak dapat memastikan berapa lama untuk pulih kerana ia bergantung kepada keadaan fizikal dan tahap keretakan itu sendiri.

Selain beraksi di Sukan SEA, Iskandar juga berharap beliau dapat menyertai skuad negara ke Piala Sudirman di Gold Coast, Australia pada 21-28 Mei ini. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nq3LPD

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.