3 Suspek, Mayat Jong Nam Keluar Malaysia Dengan Pesawat Sama – KPN
SUBANG JAYA: Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan tiga suspek warga Korea Utara meninggalkan Malaysia menerusi pesawat sama yang membawa jasad mangsa bunuh, Kim Jong Nam.
Polis juga katanya telah merakam percakapan tiga suspek warga Korea Utara terbabit pada Ahad lalu dan dilaporkan telah meninggalkan Malaysia semalam.
“Kita membenarkan mereka keluar daripada Malaysia kerana tiada keperluan untuk kita menahan individu-individu tersebut.
“Siasatan masih diteruskan. Siasatan kes jenayah tidak pernah tutup. Kita boleh tunggu bertahun-tahun,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Ditanya siapakah pihak yang menulis surat untuk menuntut mayat tersebut, jawab Khalid:
“Saya kata waris terdekat (next of kin). Secara perundangan, Kim Jong Un juga adalah waris terdekat kepada Kim Jong Nam.
“Saya tidak akan menyatakan siapa yang menulis surat tersebut,” katanya.
Justeru, beliau berharap pihak Korea Utara dapat mengemukakan empat individu yang masih dicari polis bagi membantu siasatan.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nCFnv5✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment