Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak Mustahil Tewaskan JDT – Dollah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak Mustahil Tewaskan JDT – Dollah

KETUA Jurulatih Pahang, Dollah Salleh. – Foto Muhammad Zuhairi Zuber

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh yakin anak buahnya mampu menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, walaupun bukan tugas mudah untuk menewaskan skuad Harimau Selatan itu, skuad kendaliannya mempunyai beberapa kelebihan.

“Kalau nak kira, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) memang berada pada kelasnya yang tersendiri.

“Pengalaman luas barisan pemain JDT juga membuatkan pemain Pahang perlu memberi sepenuh komitmen dan disiplin sekiranya mahu menang.

“Tetapi ini bukan satu masalah, kerana kami akan tampilkan aksi terbaik bagi perlawanan malam esok,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dollah berkata, kekuatan JDT adalah kerana mereka sudah lama bersama dan berpengalaman luas beraksi pada saingan lebih tinggi.

“Kami (Pahang) juga ada beberapa pemain berpengalaman, tetapi mereka baru tiga bulan bersama dan tahap keserasian masih belum sepenuhnya. Memang bukan mudah untuk menewaskan JDT… tetapi ia juga bukan sesuatu yang mustahil.

“Pemain (Pahang) perlu gunakan kelebihan beraksi di laman sendiri sebaik mungkin dan cuba dapatkan gol awal serta menguasai bahagian tengah dengan baik sepanjang 90 minit permainan,” katanya.

Sementara itu, Dollah berkata, ketiadaan pertahanan, Mohd Afif Amiruddin tidak menjejaskan perancangannya untuk memastikan kubu Tok Gajah kebal daripada dibolosi lawan.

Ini kerana, beliau masih boleh menyandarkan harapan kepada Muslim Ahmad atau Saiful Nizam Miswan untuk bergandingan bersama kapten, Matthew Davies dan Heo Jae Won.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nCa2cg

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.