Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ila Damiaa Kongsi Kisah Peribadi Dalam ‘Cuma Kamu’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ila Damiaa Kongsi Kisah Peribadi Dalam ‘Cuma Kamu’

Terus berjuang mengorak langkah mengekalkan namanya di persada muzik tempatan, penyanyi yang cukup sinonim dengan muzik Kontemporari dan R&B, Ila Damiaa, kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul, Cuma Kamu.

Ila atau nama sebenarnya Ila Damia Johar, 28, ketika ditemui berkata, single tersebut cukup bermakna buatnya kerana sikit sebanyak berkait dengan kehidupannya yang kini sudah berumah tangga.

“Lagu ini tentang cinta dan kesetiaan hubungan sepasang kekasih. Ia boleh juga ditujukan kepada ibu bapa dan orang-orang yang kita sayangi.

“Dan bagi saya, lirik lagu ini ada kaitan dengan diri juga kehidupan saya yang baru menjalani alam rumah tangga. Ketika saya dapat lagu ini, apabila baca liriknya, saya rasa gembira dan bahagia.

‘Saya teruja untuk berkongsi perasaan itu dan pengalaman peribadi saya dengan pendengar menerusi lagu ini, ” tuturnya pada sidang media pelancaran single berkenaan bertempat di Mango’s Tropical Cafe, KL, pada Khamis.

Cuma Kamu adalah hasil kerjasama antara Malaysia dan Indonesia di mana Ila berkolaborasi dengan penerbit dan pengadun muzik terkenal Indonesia, Ari Aru Renaldi. Sementara susunan lagu itu merupakan hasil gubahan komposer terkenal Indonesia, Sindhu Bharata yang telah banyak menulis lirik lagu bagi nama-nama besar seperti Afgan, Vidi Aldiano, Petra Sihombing dan ramai lagi.

Berkongsi lanjut mengenai penghasilan lagu tersebut, penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti Mentor (2010) ini memberitahu, dia berasa bertuah kerana berpeluang bekerja dengan pemuzik-pemuzik hebat dari Indonesia. Lagu tersebut juga rakamkan di sana sekitar Ogos tahun lalu dan proses rakaman mengambil masa selama lima jam.

“Saya berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan penerbit serta komposer hebat negara jiran sekaligus dapat menimba pengalaman baharu dengan mereka sepanjang kami bekerjasama.

“Ketika di dalam studio, saya agak gementar kerana nyanyian saya diperhatikan oleh seorang guru vokal dan beliau ada memberikan saya tunjuk ajar dalam mencari mood serta memperbaiki nyanyian saya,” kata artis naungan Kartel Records ini.

Berjauhan Dengan Suami

Dalam pada itu, diajak pula berkongsi mengenai kehidupannya kini, Ila berkata dia bersyukur kerana mendapat keizinan daripada suaminya untuknya meneruskan kerjaya seni.

Justeru demi kerjaya, dia sanggup berkorban berulang alik antara Kuching, Sarawak dan Kuala Lumpur memandang suaminya tinggal dan bertugas di sana.

Kredit foto Cipotredz.Kredit foto Cipotredz.

“Alhamdulillah, suami saya seorang yang sangat memahami dan dia menyokong kuat apa saja yang saya ingin lakukan termasuklah kembali aktif menyanyi.

“Sekarang ini memang saya sering berulang alik Kuching dan Kuala Lumpur dan setiap kali balik ke sana memang saya luangkan masa sepenuhnya dia dan keluarga.

“Walaupun kami terpaksa berjauhan tetapi ia tidak menjadi masalah besar malah suami tidak pula meletakkan apa-apa syarat, asalkan saya pandai menjaga diri dan tahu menjaga batas dan status sebagai isteri,’ katanya.

Ila mendirikan rumah tangga dengan penyelia keselamatan, Abg Mohd Sahril Abg Spian pada 8 Mac tahun lalu.

The post Ila Damiaa Kongsi Kisah Peribadi Dalam ‘Cuma Kamu’ appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ogH8B3

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.