Sabah Pertaruh Formasi Baharu Cabar NS
KETUA jurulatih Sabah, Jelius Ating (tengah).
KOTA KINABALU: Sabah bakal mempertaruhkan corak permainan baharu berdepan Negeri Sembilan (NS) dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Likas, di sini, malam esok.
Ketua jurulatihnya, Jelius Ating, berkata beliau akan menggunakan formasi berbeza berbanding yang digunakan pengendali Steve Vilmiaire sebelum ini.
“Sejak mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih, saya telah melakukan perubahan dari segi corak permainan kerana kita tidak mempunyai pilihan lain.
“Kesemua pemain adalah sama seperti sebelum ini dan cara terbaik adalah mengubah corak latihan serta formasi permainan yang sesuai untuk mereka,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Jelius berkata, perlawanan bertemu NS itu sangat penting kerana selain menjadi ujian pertama baginya, beliau juga ingin melihat sejauh mana para pemain dapat menerap cara latihan serta taktikal yang dilaksanakan, sebelum ini.
“Apa yang saya boleh katakan, mereka (pemain) semakin menunjukkan peningkatan, suasana dalam pasukan juga sangat baik sama ada di dalam atau di luar padang, kita harapkan semua ini akan membantu pasukan, esok,” katanya.
Beliau berkata perlawanan bertemu NS yang juga pendahulu Liga Perdana bukan sesuatu yang mudah.
“Ia bukan mudah, mereka kini berada dalam prestasi terbaik, mereka pendahulu liga dan belum pernah tewas, namun, dalam bola sepak apa saja boleh berlaku.
“Sudah pasti sasaran kita adalah untuk membuat kejutan, saya telah menonton video perlawanan antara pasukan ini (Sabah) dengan NS dalam aksi liga lalu.”NS sebuah pasukan yang bagus, terutama pemain-pemain import mereka yang memiliki kualiti,” katanya.
Dalam perkembangan lain, bekas pemain berusia 46 tahun itu, berkata beliau bakal kehilangan dua tonggak pertahanannya pada perlawanan esok iaitu Rawilson Batuil dan Alto Linus yang digantung perlawanan.
“Bagaimanapun, kita masih memiliki pemain lain yang boleh menggantikan mereka, saya mungkin akan menggunakan Dendy Lowa untuk digandingkan dengan Igor Cerina di bahagian pertahanan.
“Selain itu, saya juga akan menggunakan empat pertahanan pada perlawanan esok berbanding hanya tiga yang selalu digunakan pengendali sebelum ini,” katanya.
Tambah beliau, empat pemain import pasukan berkenaan iaitu Cerina, Sofiane Choubani, Matsaya Jitzono dan Jonathan Behe dijangka diturunkan sebagai kesebelasan utama, esok.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oFKFW7✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment