Perak Lancar Akademi Berkuda Pertama Di Malaysia
DATUK Shahrul Zaman Yahya (tengah) bergambar bersama peserta ekuin di majlis Pelancaran Akademi Sukan Ekuin di Pusat Ekuestrian Perak. – Foto L.Manimaran
IPOH: Perak melancarkan Akademi Ekuin Perak Amanjaya (ASEPA) dalam usaha membangun sukan berkuda di negeri ini.
Pelancaran akademi itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Sharul Zaman Yahya di Pusat Ekuisterian Perak di Perak Turf Club petang tadi.
Shahrul dalam ucapannya berkata ASEPA adalah akademi pertama seumpamanya di negara ini dan berbangga kerana Perak menjadi pelopornya.
Katanya, penubuhan akademi itu adalah cetusan ilham Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
“Sebagai permulaan seramai 80 murid berusia 7 hingga 12 tahun dari 12 daerah di Perak diletakkan di bawah program itu,” katanya.
Shahrul berkata, pelatih akan diberi pendedahan dalam pelbagai aspek sukan berkuda seperti penjagaan dan tunggangan.
“Akademi ini bermula tanpa sebarang dana dan pihak kami akan berusaha mendapatkan rakan strategik bagi memastikan program berjalan lancar,” katanya.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mVtG5K✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment