ABPBH 3.0 Kembali Dengan Tema Futuristik
Anugerah berprestij pilihan peminat, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali dengan edisi ke-30, ABPBH 3.0 bertemakan futuristik.
Meraikan tiga dekad ABPBH, tema futuristik dipilih bagi menggambarkan perubahan teknologi yang mempengaruhi kehidupan manusia. Elemen futuristik dalam bidang seni pula merujuk kepada karya yang dihasilkan daripada ledakan teknologi dan trending di laman sosial, namun masih mengangkat nilai estetika dan identiti diri.
ABPBH 3.0 menampilkan konsep yang berbeza sesuai dengan kematangan dan keutuhan akhbar BH yang bakal meraikan ulang tahun ke-60, Julai depan. Konsep futuristik akan diinterpretasikan melalui setiap aktiviti promosi dan publisiti ABPBH 3.0. Usaha ini akan merentasi semua platform dengan memberi penekanan terhadap media sosial dan platform digital utama.
Acara utama sudah pasti malam kemuncak ABPBH 3.0 yang akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada hari Ahad, 14 Mei 2017.
Pengarang Kumpulan BH merangkap Penaung ABPBH 3.0, Datuk Mahfar Ali berkata, ABPBH adalah satu-satunya anugerah pilihan pembaca yang dianjurkan secara konsisten di Malaysia.
Datuk Mahfar menambah, sesuai dengan kematangan ABPBH yang menginjak usia 30 tahun, tema futuristik dilihat mampu mendekati kelompok peminat baharu melalui penyebaran maklumat melalui media sosial.
“Sebagai akhbar ‘Merentas Generasi’, BH bersemangat untuk menganjurkan ABPBH 3.0 yang sentiasa dinanti-nantikan peminat seni hiburan tanah air. Ini terbukti pada ABPBH 29, acara yang disiarkan secara langsung oleh TV3 mencatat jumlah tontonan tertinggi sebanyak 5.5 juta. Manakala siaran langsung melalui atas talian mencatat 61,000 penonton dan laman sesawang ABPBH mencatatkan 1,490,000 audiens.
“Hashtag #abpbh29 juga digunakan dalam lebih 59,000 tweet di seluruh dunia.” tambahnya.
Datuk Mahfar berkata, BH yakin ABPBH akan terus relevan sebagai pengukur prestasi penggiat seni selaras dengan evolusi berita dan kandungan BH yang sentiasa mengutamakan produk yang segar dan menarik perhatian pembaca muda.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ABPBH 3.0 yang juga Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir berkata, ABPBH dianjurkan bagi memberi pengiktirafan bukan saja kepada penggiat seni tanah air, malah memberi peluang kepada pembaca memilih artis pujaan melalui undian secara online.
.
Beliau berkata, penganjur mengubah kaedah pengundian yang dilakukan secara online 100 peratus di laman web ABPBH iaitu www.abpbh.com.my mulai 5 April 2017 sehingga 30 April 2017. Tiada bayaran dikenakan untuk undian yang dibuat.
Tiga belas kategori utama yang bakal dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular; Artis Baharu Wanita Popular; Artis Duo/Berkumpulan Popular; Penyanyi Lelaki Popular; Penyanyi Wanita Popular; Pelakon TV Lelaki Popular; Pelakon TV Wanita Popular; Pelakon Filem Lelaki Popular; dan Pelakon Filem Wanita Popular, Artis Komedi Popular, Penyampai Radio Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Versatil Popular.
“Calon perlu mempunyai produk yang dihasilkan mulai Januari 2016 hingga Disember 2016. Nama yang dicalonkan juga mestilah popular dan memberi impak kepada industri hiburan tanah air. Peminat mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pemenang yang layak untuk setiap kategori,” katanya.
Shamshul Azree berkata, lima kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama, Gandingan Serasi Filem, Personaliti Media Sosial, Artis Berpengaruh di Laman Sosial dan Artis Sensasi juga diperkenalkan bagi menambah kemeriahan ABPBH 3.0.
The post ABPBH 3.0 Kembali Dengan Tema Futuristik appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nRR4QJ✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment