Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerana Mulut Orang, Rumahtangga Hancur Musnah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerana Mulut Orang, Rumahtangga Hancur Musnah

*Penulis asal tidak diketahui. Jika anda tahu, mohon maklumkan untuk dikreditkan kepada individu yang sepatutnya. Terima kasih
KERANA LISAN, BURUK PADAHNYA
KISAH PERTAMA
Seorang kakak bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah adiknya itu melahirkan seorang bayi yang comel. 
“Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?” 
“Tidak ada,” jawabnya ringkas. Kata kakaknya lagi, 
“Uish?! Takkan camtu? Adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap dapat hadiah dari suamiku walaupun tanpa alasan yang istimewa,” kata kakaknya lagi.
Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, dilihat isterinya sedang merajuk sedih di rumah. Mereka berdua sering bergaduh sejak itu. Tidak lama kemudian, suami dan isteri ini bercerai. 
Dari mana punca masalah rumahtangga mereka? Hanya dari pertanyaan yang diucapkan oleh kakak kepada isterinya.
KISAH KEDUA
Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya. 
“Kamu tidak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?” 
Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga, juga turut hilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana cuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang di luar kemampuan kewangan keluarganya.
KISAH KETIGA 
Seorang kawan bertanya.
”Berapa gaji kamu sebulan?” 
Kawannya menjawab, “2 ribu ringgit.”
“Hanya 2 ribu ringgit? Sikitnya!!! Majikan kamu tidak reti menghargai kerja kamu. Mana cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu?” kata kawannya lagi. 
Semenjak dari itu, dia mula membenci pekerjaannya. Dia cuba meminta kenaikan gaji Dari majikannya. Malangnya, majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur.
KISAH KEEMPAT
Seseorang bertanya kepada makcik tua. “Berapa kali anak-anak makcik datang melawat makcik dalam sebulan?” 
Makcik itu menjawab, “Sebulan hanya sekali.” 
Individu itu kemudian menempelak, “Uish!! Melampau sekali anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi.”
Hati si makcik mula menjadi sedih. Sedangkan sebelum ini dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak-anaknya. Dia mula menangis dan bersedih sehingga menyebabkan kesihatannya bertambah buruk dan akhirnya jatuh sakit. 
Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya soalan-soalan seperti di atas?
Jagalah lidah kita dari mencampuri kehidupan orang lain. Tidak perlu cemburu dengan kebahagiaan yang diperolehi orang lain. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Andai dia berbahagia, lihatlah corak dan gaya kehidupannya. Bukannya menghukum dengan membawa cerita.
Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki. Jika terus berperangai seperti itu, kita juga akan menjadi agen perosak di muka bumi ini. Perosak kebahagiaan orang lain.
Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya? Na’uzubillahi minn zaalik. 


Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nqFE3r

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.