Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ada roh dalam robot - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ada roh dalam robot

Filem Ghost in the Shell yang diadaptasi daripada karya manga Jepun, Masamune Shirow tentunya menjadi salah satu filem aksi yang ditunggu-tunggu penggemar filem bergenre begini.

Pemilihan teraju utamanya, Scarlett Johansson adalah pilihan paling tepat. Visual serta penggunaan Imej Janaan Komputer (CGI) bagi mewujudkan pelbagai seni bina digitalnya juga memang patut dipuji.

Begitu juga dengan penghasilan set serta kostum yang digunakan sepanjang filem berdurasi satu jam 46 minit ini berlangsung, semuanya patut diberikan pujian.

Namun, rentak filem arahan pengarah Rupert Sanders ini sedikit perlahan membuatkan ada beberapa babak yang membuatkan penonton kebosanan dan seperti keliru dengan latar belakang tahun 2029.

Jalan ceritanya mudah dijangka dan seperti yang pernah ditonton dalam beberapa filem lain seumpamanya sebelum ini.

Ketika mula dipromosikan kepada dunia, rata-rata memberikan kritikan apabila watak utamanya, Major lakonan Johansson sepatutnya adalah orang Asia.

Namun, ada juga yang melontarkan pendapat bahawa dengan adanya lakonan hebat Johansson, memberikan jiwa buat Major yang kemudiannya mengetahui bahawa roh adalah roh gadis bernama Motoko Kusanagi.

Secara ringkas, Ghost in the Shell mengisahkan mengenai robot hibrid wanita bernama Major yang ditugaskan oleh syarikat teknologi, Hanka Robotics untuk memusnahkan Kuze.

Kuze pada awalnya digambarkan sebagai watak jahat yang mewujudkan satu sistem jaringan untuk memusnahkan Hanka Robotics.

Namun, plot filem ini beralih apabila Major mendapati bahawa Kuze sebenarnya berada di pihak benar.

Dari situ, dia mula mengetahui mengenai asal usulnya, sekali gus mendapatkan semula memori dan mengenali siapa dia sebenarnya.

Dalam satu temu bual bersama media antarabangsa, dia menyuntik jiwa dalam karakter yang dibawakannya, namun masih memberikan apa yang penonton mahukan.

“Pada pendapat saya, apabila diberikan tanggungjawab untuk membawakan semula karakter yang disukai dan punya pengikut sendiri, penonton sudah punya pendapat tersendiri mengenai karakter itu.

“Saya cuba mengikut naluri dan menyuntik jiwa dalam karakter Major, dan pada masa sama, saya berharap dapat berikan keseimbangan pada watak itu seperti yang diharapkan penonton,” katanya.

Selain Johansson, Ghost in the Shell turut dibintangi Takeshi Kitano, Michael Pitt, Pilou Asbaek, Chin Han dan ramai lagi.

Ghost in the Shell ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula semalam.

The post Ada roh dalam robot appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nSENM3

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.