Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sukar dipercayai, guru ini boleh buat murid pemulihan khas pandai dalam masa yang singkat ! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sukar dipercayai, guru ini boleh buat murid pemulihan khas pandai dalam masa yang singkat !

Bukan cakap kosong tapi guru yang satu ini membuktikan teknik yang dihasilkannya memang berkesan bagi murid di kelas pemulihan khas untuk menguasai kemahiran 3M, membaca, menulis dan mengira dalam masa yang singkat.

Guru pemulihan khas dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nitar 1, Roslee Abdul@Mohd, berpegang kepada prinsip bahawa tiada murid yang tidak boleh dididik.

Beliau mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nitar selama 15 tahun sebelum mengambil keputusan memohon pertukaran ke sekolah rendah bagi mencari punca sebenar ramai pelajar di sekolah menengah yang tidak tahu membaca ketika itu.

“Saya ajar pelajar PMR dan SPM tahun 1990 hingga 2002 tapi ramai pelajar tingkatan 5 yang tidak tahu membaca dan menulis.

“Saya buat program pemulihan untuk tingkatan 1 dengan guna pelajar tingkatan 4 sebagai pembimbing tapi masih ramai pelajar yang tidak boleh membaca.

“Atas kesedaran itulah saya mohon tukar ke sekolah rendah sebab saya nak lihat permasalahan dari akar umbi dan cuba bantu merungkai sedaya boleh,” katanya.

 

Roslee (kanan) bersama isteri dan empat anaknya.

 

Dua minggu tidak mengajar

Mengimbau detik minggu pertama ditugaskan ke kelas pemulihan khas di SK Nitar 1 pada 2006 iaitu setelah empat tahun berpindah ke sekolah itu, Roslee berkata, dua minggu pertama beliau memang buntu dan langsung tidak dapat mengajar.

“Selepas itu saya ikuti kursus demi kursus di luar dan kaji di sana sini cara untuk membantu anak-anak murid saya ini.

“Sampai saya belajar metafizik dengan anak lelaki saya untuk lihat ketepatan formula Inovasi Pemulihan Khas Linus Gelombang Kedua (i-PKsG2) ini,” katanya.

i-PKsG2 adalah cetusan idea Roslee sekitar dua tahun lalu bagi kaedah mengecam huruf, suku kata, perkataan dan rangkai kata secara pantas yang mempercepatkan proses membaca, memahami, menulis dan membentuk kemenjadian murid secara normal.

Bapa kepada empat anak ini memberitahu, melalui idea ini jugalah, lahirnya satu kajian olehnya yang mengilhamkan pembentukan peta bingkai menggunakan sistem tawaf.

“Saya buat kajian ini ke atas murid saya sendiri dan peserta bengkel yang saya jalankan.

“Dalam bengkel saya guna murid sebenar untuk guru melihat penyelesaian masalah secara terus dan bukannya simulasi,” katanya.

Katanya, murid itu juga perlu diajar untuk mengecam dan memahami bukannya diajar menghafal serta mengingat semata-mata.

Beliau melihat usahanya selama ini daripada mencipta suasana kelas yang selesa, penggunaan muzik serta pelbagai hasil kreativiti bagi mengubah persepsi umum terhadap guru pemulihan.

“Orang lain lihat guru pemulihan hanya duduk saja dalam kelas tapi sebenarnya kita berbeza kerana perlu guna pemikiran lebih daripada guru lain.

“Kalau lihat konsep kelas yang saya gunakan tidak sama dengan kelas harian biasa di mana pelajar mesti duduk di kerusi dan ada sebuah meja. Di kelas saya, mereka bebas nak bergerak dan saya sediakan banyak air putih. Mereka murid istimewa maka teknik dan kaedah mengajar juga perlu istimewa,” katanya.

Roslee mengajar murid mengecam dan memahami bukannya diajar menghafal serta mengingat semata-mata.

 

Bersenam sebelum mulakan kelas

Roslee berkata, kesemua anak muridnya akan melakukan senam pulih diiringi muzik bagi mengalirkan bekalan oksigen secukupnya sebelum sesi pembelajaran.

“Kebiasaannya anak murid saya ambil masa dua hingga tiga bulan untuk kuasai 3M tapi jika murid yang ada masalah pembelajaran dan berciri pendidikan khas akan boleh baca dalam empat bulan.

“Saya tak bergerak sendiri sebaliknya saya libatkan ibu bapa, PIBG, masyarakat, guru lain, serta pihak sekolah. Alhamdulillah, sekolah kami bekalkan pelajar yang celik ke sekolah menengah, tiada lagi yang buta huruf,” katanya.

Murid perlu melakukan senam pulih diiringi muzik bagi mengalirkan bekalan oksigen secukupnya sebelum sesi pembelajaran.

Roslee turut melibatkan PIBG dan guru lain dalam kelasnya.

Roslee berkongsi rahsia dalam bilik darjahnya kepada murid di seluruh negara dalam program yang dianjurkan pihak tertentu.

 

Kredit :
– www.gpsbestari.com

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nmcfXz

✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.