Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Video) Lelaki Cipta, Uji Suit Terbang 'Iron Man' Yang Dibuat Sendiri Di Garajnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Video) Lelaki Cipta, Uji Suit Terbang 'Iron Man' Yang Dibuat Sendiri Di Garajnya

Seorang pencipta warga British telah mencipta suit terbang ‘Iron Man’, yang dikatakan boleh membawanya bergerak beratus-ratus kilometer sejam di ketinggian beribu-ribu kaki.

Suit tersebut, yang dicipta oleh usahawan, Richard Browning, membolehkan pemakai untuk berlepas dan terbang selain menggunakan badan bagi mengawal pergerakan.

Browning baru-baru ini menubuhkan syarikat Gravity bagi mempatenkan teknologi dorongan manusia.

Teknologi itu menggabungkan enjin-enjin jet yang telah dikecilkan bersama dengan dengan satu suit exoskeletal – konsep sama yang mengingatkan kita dengan suit yang digunakan oleh superhero Marvel, Iron Man.

Teknologi dorongan yang dicipta oleh Browning datang dengan enam enjin jet kecil, jenis sama yang boleh ditemui di pesawat-pesawat moden. Enjin-enjin itu boleh dilihat terpasang di bahagian tangan dan juga belakang.

Browning, 38, yang juga seorang bekas tentera simpanan tentera laut, mencipta suit terbabit di garaj rumahnya di Salisbury hampir 10 bulan. Dia menamakan alat itu sebagai Daedalus.

Browning juga memuat naik video Youtube yang merakamkan aksinya mencuba suit terbabit.

“Ini adalah detik bersejarah dalam arena penerbangan,” kata Browning kepada Daily Mail.

[embedded content]
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nmA3KG

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.