6 Fakta Menarik Tentang Wolverine Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton “Logan”
Filem “Logan” yang telah ditayangkan di negara kita merupakan filem terakhir yang menjadi pentas Hugh Jackman membawakan watak Wolverine atau nama manjanya, Logan. Watak tersebut tidak pernah terlepas daripada membuat kemunculan dalam trilogi filem X-Men yang pertama dan kedua, seterusnya membuat beberapa kemunculan dalam filem yang membabitkan watak superhero.
Sebelum anda ke pawagam menonton filem Logan yang nampaknya bakal menjadi salah satu filem superhero paling baik reviu yang diterima, mari kita lihat 6 fakta berkenaan watak Wolverine atau Logan ini.
1. Wolverine membuat kemunculan pertama sebagai watak pembantu dalam siri komik Incredible Hulk.
2. Wolverine adalah superhero pertama dalam siri komik Marvel yang berasal dari Kanada.
3. “Logan” bukanlah nama sebenar Wolverine. Nama sebenarnya adalah James Howlett. James menggunakan nama tersebut selepas insiden di mana bapa kandungnya, Logan membunuh bapa angkatnya.
4. Wolverine adalah seorang ayah kepada seorang mutan bernama Daken. Daken mempunyai sifat dan kuasa yang sama seperti ayahnya tetapi dia adalah seorang yang kejam dan jahat.
5. Apakah kelemahan Wolverine yang mempunyai badan yang mampu menyembuhkan diri sendiri secara pantas? Dia boleh mati jika dia lemas.
6. Yang terakhir, Wolverine dalam siri komik langsung tidak sama dengan rupa Wolverine dalam filem.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mrOtMU✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment