Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sukan Asia 2018: 42 Jenis Sukan Dipertandingkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sukan Asia 2018: 42 Jenis Sukan Dipertandingkan

TIMOTHY Fok, Pemangku Presiden Majlis Olimpik Asia memegang bendera OCA selepas beliau menerimanya daripada Presiden Jawatankuasa Olimpik Jepun, Tsunekazu Takeda, ketika majlis penutup Sukan Asia di Gelanggang Luncur Makomanai di Sapporo, Jepun. – Foto AP

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Asia (OCA) hari ini mengumumkan maksimum 42 jenis sukan dan 484 acara dipertandingkan pada Sukan Asia ke-18 di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada 2018.

Pengerusi Jawatankuasanya, Tsunekazu Takeda berkata, mesyuarat keenam Jawatankuasa Penyelarasan OCA untuk Sukan Asia ke-18 yang diadakan hari ini, telah memuktamadkan jumlah sukan dan tiada pertambahan akan dilakukan.

“Ini jumlah maksimum untuk jenis sukan dan acara, dan bilangannya mungkin dikurangkan. Kita akan menyemak semula dalam masa sebulan.

“Secara keseluruhan, OCA sangat berpuas hati dengan keputusan mesyuarat ini dan saya yakin Sukan Asia 2018 akan melakar kejayaan yang besar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan OCA, hari ini.

Mesyuarat itu yang bermula di Palembang pada Ahad dan diteruskan di Jakarta pada Isnin, turut mendengar pembentangan mengenai pemasaran, televisyen dan penyiaran, perubatan dan anti-doping, larian obor, promosi temasya sukan itu, sukarelawan dan protokol.

Ketua Pengarah OCA, Husain Al Musallam berkata kriket, ‘paragliding’ dan ‘jet ski’ berkemungkinan digugurkan, bergantung kepada beberapa isu berkaitan dengan Persekutuan Sukan Asia.

Al Musallam berkata, mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan OCA keenam menyaksikan kemajuan di Palembang dan usaha yang baik itu berterusan di Jakarta.

Namun, beliau menegaskan pembinaan semua venue pertandingan perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa sukan yang relevan terhadap keperluan teknikal, dan bagi memenuhi permintaan stesen televisyen dan hos penyiar berhubung pencahayaan, bunyi dan skrin LED.

“Kali terakhir Indonesia menganjurkan Sukan Asia ialah pada 1962, dan banyak perubahan terhadap temasya sukan sejak itu.

“Indonesia perlu menaik taraf semua kemudahan sukan serta infrastruktur bandar, dan apa perlu OCA lihat ialah lebih kepada penyelarasan antara pelbagai jabatan,” kata Al Musallam.

Sukan Asia ke-18 akan berlangsung di Jakarta dan Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September 2018.

Daripada 42 jenis sukan yang dipertandingkan, Palembang akan menjadi tuan rumah kepada 10 sukan di Bandar Sukan Jakabaring.

Siri ujian acara bagi 10 sukan itu akan diadakan di Jakarta pada Oktober dan November ini, tetapi kesemua sukan yang disenaraikan itu akan diuji di venue pertandingan berkaitan supaya segala-galanya berjalan lancar menjelang bermula Sukan Asia ke-18, dalam tempoh 17 bulan akan datang. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mexq08

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.