Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Nak Buat ‘bekas’ Korang Menyesal. Terbukti Berkesan! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Nak Buat ‘bekas’ Korang Menyesal. Terbukti Berkesan!

Tiada angin atau pun ribut, tiba-tiba dapat ayat minta putus dari kekasih korang. Tidak kisahlah apa sebab pun. Korang sedih tak? Terkejut macam kena karan? Rasa pernah kena panah petir? Menangis? Sakit hati atau?

Ala.. buat apa mahu sedih-sedih? Mahu menangis mahu sakit hati bagai. Relakslah. Ni aku nak kongsi tips mahu buat ex korang menyesal. Padan muka dia!

1. Nak buat sakit hati ex korang bila dia minta putus, korang cakap pada dia macam ini. “Eh, sudah lama saya tunggu peluang ini. Terima kasih banyak-banyaklah memudahkan kerja saya.”

2. Pulangkan semua gambar-gambar ex korang. Letak gambar tu dalam kotak atau pendrive dan jangan lupa campur sekali dengan gambar-gambar lelaki hensem atau awek-awek cun yang lain. Lepas itu, buat short note kat situ “p/s :Awak yang mana satu eh? Sorry lah, saya dah lupa. Pilih la sendiri pastu hantar balik kat saya.”

3. Bila nampak ex korang berpegangan tangan dengan kekasih baru dia, sapalah mereka dan cakap “Eh, awak bukan kekasih aku nombor 5 ke? Lama tak jumpa!”

4. Cubalah bergaya sikit. Kalau dulu masa couple korang pakai selekeh je. Pakai la pakaian kemas nak bagi nampak berpelajaran. Baju RM 10 pun kalau korang pandai menggayakannya boleh nampak kacak jugak. Mesti dia menyesal meninggalkan korang

5. Bila nampak dia online di Facebook atau pun Twitter, terus pos status atau gambar-gambar saat korang bahagia bersama kawan-kawan. Ini bertujuan menunjukkan korang boleh hidup bahagia tanpa dia. Sekiranya dia sudah remove korang, cuba tag gambar korang tengah bahagia tu kat kawan-kawan dia. Mungkin dia akan tengok.

6. Biasanya, selepas putus, ex korang akan cuba anggap korang sebagai kawan lah konon. Cakap saja pada dia, “Saya dah ada sejuta kawan, tak ada awak lebih bahagia hidup saya.” Mesti dia bengang.

7. Kalau korang masih belajar lagi, masa ini lah mahu tunjuk tanpa dia pun korang boleh berjaya. Belajar sunguh-sungguh. Dapat kerja beli keta Ferrari. Pastu lalu tepi dia cakap “Lama tak jumpa awak. Eh, nak pegi mana ni, boleh saya tumpangkan.

8. Korang cari saja orang lain yang lebih baik, kacak,cantik, romantik daripada ex korang. Kalau dia ternampak saat korang bahagia mesti dia cemburu. Padan muka sebab dulu tak pandai hargai.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2msMLL2

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.