Hi! Welcome Back and Stay Tune! Buktikan MU Bukan Skuad Belasahan: Idris - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Buktikan MU Bukan Skuad Belasahan: Idris

bhsukan@bh.com 

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri di Pejabat Ketua Menteri, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. – Foto Muhammad Hatim Ab Manan

MELAKA: Melaka United (MU) perlu meningkatkan kewibawaan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dengan membuktikan kehadiran mereka di pentas Liga Super bukan sekadar menjadi pasukan belasahan.

Cabaran itu dilontarkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron ketika mengulas kekalahan MU kepada Kedah, 4-0 pada Sabtu lalu di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Mengakui kecewa dengan persembahan MU, beliau menganggapnya sebagai tamparan hebat kepada pengurusan serta kejurulatihan dalam mencari resolusi terbaik untuk kembali bangkit memberi saingan di baki saingan liga.

Tegasnya, perbelanjaan besar MU perlu selari dengan prestasi bagi memastikan skuad Hang Tuah mampu bersaing dan jika tewas sekalipun, adalah adalah kekalahan bermaruah.  

Idris yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) berkata, semua pihak mahu pasukan itu berjaya di pentas Liga M, jadi pemain harus bersungguh-sungguh mencipta sentuhan terbaik dan penyelesaian segera perlu dilakukan.

“Jika mereka tidak bersungguh-sungguh atau gagal menunjukkan permainan memuaskan, mereka perlu dipanggil, diberi amaran keras untuk memastikan skuad mampu bertindak lebih efektif. 

“Prestasi terbaik adalah penting bagi memenuhi inspirasi peminat dan rakyat Melaka yang mahu melihat kejayaan pasukan.

“Berikutan itu pengurusan dan jurulatih perlu bertindak pantas mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya.

Baginya, masih ada ruang dan masa untuk memperbaiki prestasi dan Idris tetap menaruh keyakinan MU mampu untuk bangkit.

Kekalahan kepada Kedah menyaksikan MU kini berada di tangga ke-10 mengumpul lapan mata selepas lapan perlawanan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mXjdmz

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.