Tempoh Berbaki 3 Jam, Kang Chol Tetap Tidak Nampak Bayang
KUALA LUMPUR: Tempoh untuk Duta Besar Korea Utara untuk berada di negara ini berbaki 3 jam namun bayang Knag Chol tetap tidak kelihatan.
Kenderaan membawa barangan dipercayai milik Kang Chol dilihat keluar dari premis kedutaan pada jam 2:15 petang tadi.
Turut berada dalam kenderaan terbabit adalah individu yang dilihat memegang passport dan tiket penerbangan.
Menurut anggota polis dari Balai Travers yang mula berkawal di premis kedutaan, Kang Chol dijangka keluar pada jam 3:00 petang menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pihak polis mula memasang pita larangan melintas di hadapan pintu masuk kedutaan Korea Utara itu sejak pukul 2:30 petang tadi.
Kang Chol dijangka menaiki pesawat menuju beijing pada 6:40 petang nanti.
Tempoh pengusiran yang diberikan bermula pada Sabtu akan berakhir jam 6 petang nanti.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mVECN1✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment