Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tabung Haji Beli 1.75 Juta Saham Tambahan DRB Hicom - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tabung Haji Beli 1.75 Juta Saham Tambahan DRB Hicom

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) telah membeli 1.75 juta saham tambahan untuk memiliki 5.09 peratus jumlah pegangan atau 98.32 juta saham dalam DRB-Hicom Bhd.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, DRB-Hicom berkata, TH membeli 750,000 saham syarikat berkenaan daripada pasaran terbuka pada 2 Mac, diikuti satu juta lagi pada 3 Mac.

DRB-Hicom baru-baru ini melaporkan keuntungan sebelum cukai RM422.33 juta pada suku ketiga berakhir 31 Disember 2016 berbanding kerugian sebelum cukai RM147.15 juta dicatat dalam suku yang sama 2015.

Pendapatannya meningkat kepada RM3.43 bilion berbanding RM3.33 bilion sebelum ini.

Katanya, sektor kereta adalah penyumbang utama kepada pendapatan, dirangsang oleh pelbagai pelancaran oleh anak syarikat kumpulan berkenaan, Proton Holdings Bhd.

Saham DRB-Hicom menjadi tumpuan dalam beberapa bulan kebelakangan ini berikutan berita mengenai usahanya mencari rakan kongsi strategik untuk bekerjasama dengan Proton.

Pencarian kumpulan itu dijangka berakhir menjelang separuh pertama tahun ini, katanya. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n6aQEt

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.