Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahmad Tajuddin Kembali Temui Sentuhan Berbisa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahmad Tajuddin Kembali Temui Sentuhan Berbisa

PEMAIN KLHC, Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin (kiri) diasak pemain THT, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil (kanan) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2017 di Stadium Hoki Tun Razak. – Foto Luqman Hakim Zubir

KUALA LUMPUR: Tiga jaringan dalam dua aksi pertama Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL2) di Dhaka, Bangladesh ketika ini menceritakan sentuhan berbisa yang masih dimiliki penyerang skuad hoki negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Ab Jalil.

Daripada pemain berstatus bintang tetapi kemudian disisihkan pengendali Malaysia Tigers, Stephen Van Huizen hampir dua tahun atas alasan ‘kurang munasabah’ – iaitu tidak cukup bagus pada penghujung 2015.

Penyerang Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu kembali dengan imej baharu bersama skuad negara dan ketiadaan Faizal Saari dan Firhan Ashari dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meletakkan dirinya sebagai penggempur utama di Dhaka.

Bagaimanapun, Ahmad Tajuddin, 31, mengakui masih belum berpuas hati dengan prestasi semasanya dan berharap dapat terus mempamerkan peningkatan menjelang aksi terakhir Kumpulan A menentang Fiji, pagi esok.

“Buat masa ini agak kurang berpuas hati dengan prestasi sendiri kerana daripada aspek persediaan, memang tak bagus kerana sebaik berakhir Liga Hoki Perdana, kami terus ke sini.

“Apapun kami perlu mengambil perkara ini sebagai satu cabaran untuk mencapai objektif ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC),” katanya ketika dihubungi BH Sukan sebentar tadi.

Pentas WHL2 ini menjadi kejohanan pertama disertai Ahmad Tajuddin selepas kali terakhir mewakili negara pada kempen Separuh Akhir WHL 2015 di Belgium.

Penjaring terbanyak tempatan saingan Liga Hoki Perdana Malaysia 2017 itu tidak menunggu lama untuk meledak jaringan pertamanya ketika menang 3-0 ke atas Bangladesh, Sabtu lalu diikuti dua gol ketika membelasah Oman 6-1, semalam.

Menurutnya, dia juga sudah mula menemui persefahaman bersama rakan lain di barisan depan termasuk dengan Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi yang juga penjaring tiga gol negara setakat ini.

“Nik Muhammad Aiman menunjukkan tahap kematangan yang baik sepanjang dua perlawanan awal dan saya selesa beraksi bersama dia dan juga pemain lain dalam pasukan,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lSFlOg

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.