Hi! Welcome Back and Stay Tune! Doktor Haiwan Keluarkan 915 Syiling 'Good Luck' Yang Ditelan Oleh Penyu Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Doktor Haiwan Keluarkan 915 Syiling 'Good Luck' Yang Ditelan Oleh Penyu Ini

BANGKOK, 6 Mac – Doktor haiwan Thailand berjaya mengeluarkan 915 syiling dari perut seekor penyu berusia 25 tahun yang telah menelan objek-objek yang dibuang ke kolamnya (untuk nasib baik) sehingga menyebabkan ia sukar berenang.

Syiling-syiling dan lain-lain objek yang dikeluarkan dari penyu bernama Omsin itu seberat 5kg.

Penyu tersebut, yang hidup di pusat pemuliharaan di Sriracha, Chonburi, timur Bangkok, didapati sukar berenang kerana berat badannya yang tidak normal.

Masalah sebenar penyu berkenaan dikesan selepas imbasan 3D mendapati terdapat banyak bendasing di perutnya termasuk syiling dan dua batang kail.

“Saya merasa sangat marah kepada manusia, tidak kira sama ada mereka sengaja atau tidak sengaja (membuang objek ke dalam kolam), tindakan itu telah menyebabkan penyu ini cedera”

“Kami fikir ia akan mengambil masa lebih kurang sebulan untuk pulih sepenuhnya,” kata Nantarika Chansue dari Universiti Chulalongkorn sambil menambah penyu itu juga memerlukan terapi selama enam bulan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa nilai kesemua duit syiling tersebut kerana ada dari mereka sudah berkarat dan dari matawang negara asing.

Sumber: ST

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n666yF

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.