Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jualan Air Lembaga Air Perak Meningkat Kepada RM336.98 Juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jualan Air Lembaga Air Perak Meningkat Kepada RM336.98 Juta

Spread the love

IPOH – Lembaga Air Perak (LAP) mencatat peningkatan jualan air sebanyak 5.1 peratus kepada RM336.98 juta pada 31 Disember tahun lepas berbanding RM320.72 juta bagi tempoh sama pada 2015.

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata ini berikutan peningkatan penggunaan air sebanyak 4.7 peratus tahun lepas berbanding 2.3 peratus pada 2015.

“Peningkatan terbesar disumbangkan oleh Wilayah Utara, Wilayah Barat dan Wilayah Tengah 1 yang melebihi lima peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat LAP di sini, hari ini.

Selain itu, Zambry berkata LAP turut mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM90.81 juta pada tahun lepas berbanding RM110.30 juta pada 2015.

Beliau menyifatkan pengurangan sebanyak 17 peratus itu adalah disebabkan oleh tiada sebarang pemindahan pinjaman kepada syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Selain itu, mengulas pemberian subsidi air untuk rakyat miskin negeri itu, beliau berkata LAP membelanjakan RM8 juta sejak usaha itu diperkenalkan 10 tahun lepas yang memberi manfaat kepada 11,418 keluarga.

“Bagi subsidi rumah ibadat yang diberi sejak 2013, LAP membelanjakan sebanyak RM496,000 sehingga 14 Feb tahun ini yang melibatkan 1,962 rumah-rumah ibadat,” katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lRIIF7

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.