Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akta Kebankrapan 1967 Antara RUU Dibahas Sesi Parlimen Kali Ini – Azalina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akta Kebankrapan 1967 Antara RUU Dibahas Sesi Parlimen Kali Ini – Azalina

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Kebankrapan 1967 untuk memberi nafas baharu kepada golongan bankrap dijangka menjadi tumpuan utama perbahasan sidang Parlimen kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pindaan akta berkenaan antara agenda yang akan menjadi tumpuan sewaktu persidangan Dewan Rakyat Penggal Kelima Parlimen ke-13 yang membuka tirainya hari ini.

“Selain itu juga saya akan berusaha untuk memastikan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak dapat dibentangkan dalam sidang kali ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V ketika bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat hari ini menegaskan, kerajaan juga akan meminda Akta Kebankrapan 1967 bagi memberi peluang kedua kepada golongan bankrap untuk bangkit kembali memulakan kehidupan baharu dan terus menyumbang kepada ekonomi negara.

Menurut Azalina, setakat 28 Feb 2017, sebanyak empat Rang Undang-Undang (RUU) telah disahkan akan dibuat bacaan Kedua dan Ketiga pada sidang ini dan dijangka terdapat RUU Perbekalan Tambahan akan dibentangkan pada sidang kali ini.

Antara RUU yang akan melalui bacaan Kedua dan Ketiga adalah RUU Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016; RUU Kebankrapan (Pindaan) 2016; RUU Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016; dan RUU Setem (Pindaan) 2016.

“Dengan pembukaan sidang kali ini yang menggunakan dewan asal yang telah dinaik taraf dan diubah suai, diharap mampu memberi suasana yang kondusif sekaligus memastikan perbahasan dapat berjalan dengan baik. Saya ucapkan selamat bersidang kepada semua Ahli-Ahli Parlimen,” kata Azalina.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari sehingga 7 April sementara Dewan Negara dari 17 April hingga 27 April.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mvoaG3

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.