Kerajaan Tidak Benar Skuad Kebangsaan Ke Pyongyang
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak membenarkan skuad Harimau Malaysia untuk ke Pyongyang bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 28 Mac ini.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menerusi satu kenyataan, hari ini.
Hamidin berkata, arahan berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menghubunginya pagi tadi.
Katanya, ia turut disusuli surat daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang ditandatangani ketua setiausahanya, Datuk Lokman Hakim Ali yang menyatakan Kerajaan Malaysia bersetuju supaya skuad Harimau Malaysia tidak mengambil bahagian untuk perlawanan di Pyongyang atas dasar dan pertimbangan faktor keselamatan.
“Keputusan Kerajaan Malaysia itu dibuat selepas perkara berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan baru-baru ini.
“Terdahulu, pada Khamis lalu, Persatuan menerima surat awal daripada Wisma Putra ditandatangani Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman yang menyatakan gelanggang perlawanan sulung Kumpulan B di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang itu dijamin selamat tetapi sebarang perubahan akan dimaklum dari semasa ke semasa.
“Namun keputusan Kerajaan Malaysia untuk mengusir keluar Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol pada Sabtu lalu dilihat menjadikan situasi semasa tidak selamat untuk warga Malaysia berkunjung ke Korea Utara buat masa ini,” kata Hamidin dalam kenyataan itu.
Selain itu Hamidin turut mengesahkan FAM sudah menghantar surat kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk sekali lagi memohon supaya gelanggang perlawanan ditukar dari Pyongyang ke tempat lain iaitu gelanggang berkecuali atas dasar keselamatan.
“Saya juga sudah menghubungi Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John yang kini berada di Kemboja bagi memaklumkan harapan Persatuan supaya AFC memberi pertimbangan sewajarnya dan membuat keputusan segera mengenai gelanggang baharu perlawanan berkenaan.
“Ia bagi memudahkan persiapan perjalanan skuad Harimau Malaysia yang akan memulakan latihan pusat pada 13 Mac ini,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mL4grb✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment