Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Akan Terus Hantar Pelajar Ke Jepun Dan Korea – PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Akan Terus Hantar Pelajar Ke Jepun Dan Korea – PM Najib

KUALA LUMPUR: Malaysia telah menghantar banyak pelajarnya ke Jepun dan Korea Selatan, dan akan terus berbuat demikian, serta ke hampir seluruh dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata dengan menghantar pelajar Malaysia menuntut di universiti di Jepun dan Korea, misalnya, telah membantu mereka memperoleh etika kerja Jepun.

“Ingin saya nyatakan kepada saudara bahawa langkah ini telah menyumbang kepada pencapaian kami dalam bidang pembangunan, tetapi ia bukan hanya terhad kepada menerima pakai dasar ekonomi sahaja, terdapat juga sebab lain yang membolehkan kami mencapai kejayaan seperti yang ada hari ini,” katanya dalam wawancara eksklusif oleh Al Arabiya News Channel bersempena lawatan negara bersejarah oleh Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini.

Bermula 1981, Malaysia telah menerima pakai dasar ‘Pandang Ke Timur’. Dasar itu memberi tumpuan pada Korea dan Jepun dan menjadikan negara berkenaan sebagai contoh.

Dalam wawancara itu yang dikendalikan oleh Pengurus Besar Al Arabiya, Turki Aldakhil baru-baru ini, Najib ditanya tentang sejauh mana model Jepun telah membantu dalam kejayaan yang telah dicapai Malaysia?.

“Ya, pada peringkat awal, kami mendapat manfaat daripada pengalaman mereka dan kami menerima pakai suatu dasar yang mencerminkan pengalaman Jepun serta Korea kerana ia merupakan kisah kejayaan pada tahun 70-an dan 80-an dalam abad lepas.

“Kami percaya itulah pelan ekonomi yang patut kami contohi daripada mereka. Kami mengambil pengajaran daripada dua eksperimen itu dan mengamalkan beberapa komponennya. Kami memberi fokus terhadap dasar ekonomi dan etika kerja daripada kedua-duanya,” katanya.

Mengulas mengenai kepelbagaian etnik dan agama, perdana menteri berkata walaupun masyarakat Malaysia memiliki ciri-ciri kepelbagaian, tetapi mereka berjaya bekerjasama sebagai sebuah negara.

Beliau berkata walaupun berdepan banyak cabaran, Malaysia telah mencapai kejayaan besar kerana ia bergantung pada kekuatan setiap kumpulan etnik dan mengamalkan dasar bagi membina perpaduan negara.

“Semasa saya mengambil alih jawatan ini, saya melancarkan konsep ‘1Malaysia’ untuk memberi penekanan terhadap beberapa nilai teras yang menganjurkan kesetiaan dan kerjasama.

“Semasa kami mula merdeka dulu, banyak pihak tidak yakin dengan kebolehan kami untuk berjaya sebagai sebuah negara tetapi kami membuktikan pendapat mereka itu adalah salah,” katanya.

Najib berkata kepelbagaian mempunyai meritnya tetapi ia juga memberi cabaran dan cabaran paling besar ialah untuk mengelak berlakunya konflik antara kumpulan etnik yang berbeza.

“Dari segi itu, kami mencapai banyak kejayaan. Tetapi, paling penting, kami perlu terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara bersifat sinergistik.

“Inilah yang perlu kami usahakan serta sedar bahawa walaupun terdapat keamanan dan keharmonian yang kami nikmati hari ini, kami perlu terus berusaha untuk memupuk integrasi dan perpaduan nasional,” katanya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n5qDnh

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.