Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sukan Asia 2018: Indonesia Berdepan Cabaran Sukar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sukan Asia 2018: Indonesia Berdepan Cabaran Sukar

JAKARTA: Majlis Olimpik Asia (OCA) memberi amaran Indonesia berdepan cabaran besar menganjurkan Sukan Asia 2018 berikutan kelemahan penyelarasan antara badan berbeza yang terbabit dalam penganjuran temasya itu.

Jakarta dipilih bagi menganjurkan temasya pada 2014 selepas tuan rumah sebenar, Vietnam menarik diri kerana masalah kewangan.

Namun, kelewatan dalam membuat keputusan itu menyaksikan Indonesia hanya mempunyai tempoh empat tahun bagi melakukan persiapan berbanding enam tahun kebiasaannya.

Pegawai penganjur menegaskan semuanya akan berjalan lancar namun kebimbangan mula disuarakan ketika ini dengan insiden penganjuran Sukan SEA 2011 dijangka berulang apabila beberapa venue gagal disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

Bahkan, berlaku juga insiden dua terbunuh akibat rempuhan yang berlaku dalam aksi final acara bola sepak.

Selepas tiga hari lawatan dilakukan delegasi OCA bagi memantau persiapan temasya itu, Pengarah Besar, Husain Al-Musallam, berkata terdapat beberapa kemajuan, terutama di kota Palembang, yang juga tuan rumah bersama selain Jakarta.

“Cabaran yang ada di depan jawatankuasa penganjur adalah besar,” katanya merujuk kepada cabaran kerjasama antara mereka serta antara jabatan yang berbeza.

Katanya, badan induk yang terbabit dalam penganjuran temasya sukan terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik – daripada mereka yang membina venue, penyiar, orang-orang yang memasang lampu seperti ‘tidak bercakap antara satu sama lain’.

Pegawai itu berkata, dia menjangkakan venue dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan tetapi tetap bimbang terhadap kelemahan penyelarasan antara pihak terbabit.

Bagaimanapun, Setiausaha Kementerian Sukan Indonesia, Gatot Dewa Broto menegaskan tidak timbul isu mengenai perkara itu.

“Kami tidak mempunyai masalah aspek penyelarasan,” katanya yang turut memaklumkan Presiden, Joko Widodo secara peribadi mengetuai mesyuarat Kabinet bagi membincangkan mengenai persiapan Sukan Asia. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2meeWwH

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.