Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Kongsi Rahsia M’sia Turunkan Kadar Kemiskinan, Tangani Pengangguran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Kongsi Rahsia M’sia Turunkan Kadar Kemiskinan, Tangani Pengangguran

Spread the love

KUALA LUMPUR – Memberi fokus berterusan terhadap pertumbuhan sambil memastikan setiap rakyat mendapat manfaat daripada pembangunan ekonomi negara merupakan falsafah yang menjadi pegangan Malaysia dalam usaha menurunkan kadar kemiskinan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa berkongsi kisah kejayaan itu, menyatakan bahawa kerajaan juga menekankan hakikat bahawa pertumbuhan itu mempunyai kaitan dengan keadilan.

“Kami pastikan wujudnya keseimbangan agar setiap orang mandapat manfaat daripadanya, tanpa meminggirkan mana-mana rakyat.

“Inilah falsafah yang menjadi pegangan kami, dan kami menggabungkannya dengan langkah serta program berkesan dan hasilnya, saudara dapat melihat kadar kemiskinan berkurangan dengan banyaknya di Malaysia manakala pendapatan pula bertambah pada kadar yang tidak terdapat sebelum ini,” kata beliau.

Perdana menteri berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan Al Arabiya News Channel bersempena lawatan negara bersejarah Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, ke Malaysia baru-baru ini.

Najib menarik perhatian bahawa peratusan kadar kemiskinan itu menurun ‘kepada paras yang sangat rendah iaitu 0.6 peratus’ pada 2015 berbanding dengan nisbah lebih 60 peratus ketika Malaysia merdeka pada 1957.

Mengenai kejayaan Malaysia menangani masalah pengangguran, beliau menyatakan bahawa dasar-dasar kerajaan yang membolehkan sektor swasta menjadi enjin pertumbuhan serta adanya pelaburan langsung asing membawa kepada wujudnya peluang pekerjaan baharu.

“Dahulu, sektor awam begitu dominan tetapi melalui proses transformasi yang kami lakasanakan sebagai sebahagian daripada pelan peralihan sejak 2009, hari ini, sektor swasta pula menjadi enjin pertumbuhan,” kata beliau.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata beliau turut menekankan tentang perlunya mewujudkan pekerjaan dengan gaji yang tinggi bagi membolehkan pemilik menikmati pendapatan tinggi.

“Kami tidak berhasrat mewujudkan pekerjaan yang hanya memerlukan kemahiran bertahap rendah kerana ini bermakna tahap pendapatan juga rendah.

“Kami memberi fokus utama untuk meningkatkan paras pendapatan dengan mewujudkan peluang pekerjaan bagi warganegara yang memiliki kemahiran tinggi,” kata beliau. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mM6oih

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.