Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'CO3 Social Office' Labur RM30 Juta Tawar Revolusi Pejabat Buat Generasi Muda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'CO3 Social Office' Labur RM30 Juta Tawar Revolusi Pejabat Buat Generasi Muda

KUALA LUMPUR: Penyewaan atau perkongsian ruang pejabat kepada mana-mana individu atau syarikat untuk satu tempoh masa bukan lagi sesuatu yang asing.

Terbaru, CO3 Social Office yang diasaskan Black Pegasus Berhad, dilancarkan pada Isnin dalam menawarkan konsep ruang kerja terbuka serta akan beroperasi 24 jam.

Dengan jumlah pelaburan RM30 juta, CO3 bakal dibuka tahun ini di lima lokasi iaitu di Kuala Lumpur, Puchong, Petaling Jaya, Kl Sentral dan Damansara.

Lokasi pertama iaitu di Puchong akan dibuka di sebuah lot kedai berkeluasan 21,000 kaki persegi pada Jun ini.

Ditubuhkan sekumpulan usahawan Malaysia dan Brunei, CO3 Social Office menawarkan platform unik di mana individu di dalam organisasi yang sama atau syarikat berbeza yang menggunakan ruang itu boleh bekerjasama dan berkongsi idea secara bebas.

Menurut salah seorang Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yong Chen Hui, kelainan yang ditampilkan CO3 adalah aturan hiasan dalamannya yang berkonsepkan ‘ala syarikat Google’ dan mengetengahkan elemen bebas serta fleksibel.

Projek ini juga mensasarkan untuk menjadi antara syarikat ‘Unikorn Amerika’ bernilai AS$2 bilion menjelang tahun 2022 dan beroperasi 40 lokasi di seluruh 20 bandar negara ASEAN.

Sewa yang akan dikenakan adalah serendah RM399 sebulan dengan ruang yang mampu menempatkan 300 individu dalam satu-satu masa.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mLxYvQ

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.