Hi! Welcome Back and Stay Tune! Protruly Darling – Telefon Pintar Pertama Dengan Kamera 360 Darjah Terbina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Protruly Darling – Telefon Pintar Pertama Dengan Kamera 360 Darjah Terbina

Tahun lalu penggunaan dwi-kamera mula menjadi kebiasaan pada peranti-peranti utama. Di dalam kes Huawei, ia telah digunakan pada peranti kelas pertengahan mereka sejak dua tahun yang lalu. Di China syarikat Protruly menghasilkan peranti dengan sistem kamera 360 darjah pertama di dunia iaitu Darling.

Darling dilengkapi kamera mata-ikan 36o darjah pada bahagian atas peranti yang menggunakan dua sensor 13-Megapixel. Selain daripada itu turut dilengkapi kamera biasa sebesar 13-Megapixel f/2.0 pada bahagian belakang dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.4.

Spesifikasi lain peranti yang cukup unik ini ialah skrin 5.5″ HD penuh AMOLED, pemproses MediaTek Helio X20, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Sebuah bateri sebesar 3560 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas menerusi port USB-C. Akhir sekali sistem operasi yang digunakan pula ialah Android Marshmallow.

Dua model Darling dihasilkan. Model biasa dan model yang disadur emas serta ditatah empat butir permata. Harga jualan Darling dilaporkan RMB 3980 (~RM 2568) untuk versi biasa dan RMB 8800 (~RM 5678) untuk versi premium.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mLU3KM



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.