Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siti Kasim Tolak Pelawaan Debat Dengan Dr.Zakir, Anggap Ia Bodoh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siti Kasim Tolak Pelawaan Debat Dengan Dr.Zakir, Anggap Ia Bodoh

AKTIVIS dan peguam, Siti Kasim, menolak undangan debat yang diatur dengan penceramah Dr. Zakir Naik.

Undangan itu, sebelum ini dibuat oleh  Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya, yang mencadangkan satu sesi dialog diadakan antara Siti dan Dr Zakir.

Ia bertujuan untuk menjelaskan beberapa perkara, kerana menurut Dr Fathul, Siti Kasim tidak mengenali Dr.Zakir dan apa yang diperjuangkannya.

Dr.Fathul sebelum ini membuat undangan tersebut kepada Dr.Zakir dan penceramah dari India itu telah pun menyatakan kesediaannya untuk berbuat demikian.

Ia susulan tindakan 19 saman sivil daripada 19 aktivis masyarakat termasuk Siti Kasim, dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah itu ancaman kepada keselamatan negara.

Namun Siti, dalam status yang dikemaskini malam tadi, menyifatkan undangan dan ‘cabaran’ yang diutarakan sesetengah pihak agar dia dan Dr.Zakir berdebat, sebagai satu perkara bodoh.

Kata Siti, apa yang berlaku kini seolah-olah sengaja membuat serangan peribadi ke atas dia dan seorang lagi peguam, Asiah Abdul Jalil, memandangkan mereka adalah wanita.

“Saman yang dibuat 19 orang planitif, tapi hanya kami berdua sahaja yang ‘diserang’. Kenapa?

“Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak produktif dengan pendapat orang lain mengenai saya, maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya.

Jadi, jangan buang masa saya,”tulis Siti Kasim.

Undangan debat juga disifatkan tidak masuk akal memandangkan kes itu sudah diserahkan kepada mahkamah.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mVK2b4

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.