Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu Korea Utara – Kementerian Luar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu Korea Utara – Kementerian Luar

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mengutuk pelancaran empat peluru berpandu balistik Korea Utara dan mendesak negara itu menghentikan segera tindakan itu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata tindakan itu mencetuskan ketegangan serantau dan sekali lagi melambangkan sikap tidak ambil peduli DPRK terhadap keamanan dan keselamatan di Semenanjung Korea, rantau ini dan dunia secara amnya.

“Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) terbukti menolak gesaan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan pelancaran peluru berpandu,” katanya.

Pelancaran peluru berpandu tersebut merupakan pencabulan jelas terhadap resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan dan menjejas peraturan pelucutan dan ketakcambahan senjata nuklear.

Malaysia menggesa DPRK menghentikan pelancaran semua peluru berpandu balistik, dan lebih penting lagi, mematuhi sepenuhnya resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung DPRK.

Awal hari ini, Korea Utara melancarkan empat peluru berpandu dari pantai baratnya ke arah Laut Jepun.

Menurut kerajaan Jepun, peluru itu meluncur sejauh kira-kira 1,000km, dengan tiga daripadanya jatuh dalam zon ekonomi eksklusif Jepun.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mbBexL

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.