Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kang Chol Tinggalkan Kedutaan Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kang Chol Tinggalkan Kedutaan Korea Utara

KUALA LUMPUR: Duta Besar Korea Utara, Kang Chol dilihat meninggalkan bangunan kedutaan itu di ibu negara sekitar 3.55 petang tadi dengan diiringi anggota polis.

Beliau dipercayai menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang bagi menaiki pesawat pulang ke negara itu.

Kang Chol sebelum ini telah diberi tempoh 48 jam yang berakhir pada jam 6 petang hari ini selepas dilabelkan sebagai ‘Persona Non Grata’ oleh kerajaan Malaysia.

Sebelum itu, itu kenderaan membawa barangan dipercayai milik Kang Chol dilihat keluar dari premis kedutaan pada jam 2:15 petang tadi.

Turut berada dalam kenderaan terbabit adalah individu yang dilihat memegang pasport dan tiket penerbangan.

Kang Chol dijangka menaiki pesawat menuju Beijing pada 6:40 petang nanti.

BERITA LANJUT MENYUSUL

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lRIFZX

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.