“Lebih Baik Jadi Part Time Badut Daripada Makan Rasuah” – Lelaki Puji Usaha Petugas Keselamatan Perbaiki Ekonomi Rumah Tangga
Hari ini suasana kerja di tempat saya sudah berubah lantaran ekonomi semakin parah dan memaksa semua pegawai hanya bekerja 4 hari seminggu.
Giliran saya bercuti wajib adalah pada setiap isnin tetapi hari ini saya datang kerja percuma kerana ada urusan yang tidak mampu saya berlepas tangan.
Berbanding meratap dan hilang fokus, saya memilih untuk terus setia di sini biarpun di luar sudah ada beberapa sahabat berpangkat yang telah menawarkan kerja setelah mengetahui kisah saya ini.
Saya bersama syarikat ini dari awal penubuhannya dan saya cuba bertahan sehingga akhir. Jika kesudahannya tutup kilang, sekurang-kurangnya saya dapat melengkapkan ilmu HR saya yang membantu membuka kilang dan akhirnya membantu memudahkan penutupan kilang dan pengurusan pampasan pekerja.
Betulkah ekonomi gawat?
Ya!, cukuplah bermimpi dan berboros kerana semasa saya ke pejabat kerajaan menguruskan beberapa perkara berkaitan buruh baru-baru ini, banyak saya dengar hasil berbual mengenai syarikat yang sudah tutup dan akan ditutup. banyak syarikat terpaksa gulung tikar lantaran kejatuhan ekonomi dunia dan diburukkan dengan kejatuhan nilai ringgit. Tak kurang juga syarikat yang telah menutup operasi di negara kita dan membuka di negara jiran kita kerana kos di sana lebih efisien.
Berbanding bergundah gulana, saya mengisi hari-hari saya dengan menjadi sukarelawan di sekolah dengan menjadi pemimpin pengakap, dan telah menawarkan diri untuk memberi sesi motivasi kepada pelajar. Semoga ia menjadi amal jariah kepada saya nanti, insyalllah.
Bercakap mengenai gawatnya ekonomi, sebenarnya kami di HR sudah merasainya sudah hampir setahun apabila ada elaun yang ditarik balik bagi mengurangkan kos. Begitu juga pengurangan perbelanjaan tertentu. Cuma kali ini syarikat saya yang bertunjangkan automotif sudah semakin nazak kerana pengeluaran dan penjualan kenderaan sudah merudum dengan ketara.
Ya, dalam ekonomi ini, sudah ramai kenalan saya yang sudah mula membuat dua hingga tiga kerja bagi menampung kos sara diri yang semakin meningkat. Ada yang menjadi pemandu UBER, GrabCar dan teksi. Ada juga menjadi pekerja sambilan di pasaraya, 7-Eleven dan kedai makanan segera.
Tidak kurang juga yang berniaga online atau membuka gerai jualan di tepi jalan. Jika ia dapat membuahkan rezeki yang halal, saya doakan mereka berjaya.
Dalam kisah-kisah kesengsaraan rakyat marhaen seperti kita ini, saya terkesan apabila mendengar cerita ada kenalan yang memilih menjadi badut.
Ya badut!
Saya tak kata ia pekerjaan hina, tetapi untuk menjadi badut, seseorang itu mestilah mempunyai hati yang kental, selain bermuka tembok (baca : mampu tahan diri akibat diketawakan dan dipermainkan).
Oh, jangan ingat jadi badut tu senang ye, kerana meraka mesti mempunyai skil menghiburkan orang ramai termasuk bermain silap mata, membuat aksi dan mimik lucu dan mampu mengendalikan beberapa permainan untuk golongan sasar.
Lebih meningkatkan sanjungan saya apabila saya mendapat tahu bahawa si badut ini merupakan seorang anggota keselamatan yang tegas. Menurut ceritanya, dia lebih rela menjadi badut berbanding mendapatkan duit mudah dengan meminta rasuah atau wang perlindungan daripada pendatang tanpa izin.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n6bLVB✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment