Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kos Sara Hidup, Pemilikan Rumah Ditangani Segera Kerajaan – TPM Zahid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kos Sara Hidup, Pemilikan Rumah Ditangani Segera Kerajaan – TPM Zahid

KUALA LUMPUR: Isu kos sara hidup dan pemilikan rumah menjadi agenda utama untuk ditangani kerajaan dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Sememangnya, aspek berkenaan menjadi tumpuan utama kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan rakyat. Selain itu, kerajaan akan berusaha memastikan wujudnya keseimbangan prasarana yang dibina di kawasan bandar dan luar bandar seperti yang diharapkan Seri Paduka.

“Apa yang penting ialah bagaimana kestabilan ekonomi dapat diuruskan bagi perancangan 30 tahun akan datang apabila Transformasi Nasional (TN50) mengambil kira pandangan kumpulan muda…kita jangka maklum balas diperoleh menjadi kerangka dan dasar hala tuju untuk menjadi negara 20 teratas,” katanya.

Dua aspek berkenaan mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V semasa bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ahmad Zahid (BN-Bagan Datuk) yang juga Menteri Dalam Negeri turut bangga apabila pencapaian Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menjaga keselamatan dan pertahanan negara turut menjadi fokus utama titah Sultan Muhammad V.

Keperihatinan Seri Paduka terhadap kebajikan pasukan keselamatan juga menjadi suntikan semangat warga pasukan keselamatan untuk terus mencurah bakti kepada rakyat dan negara, kata

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (BN-Sembrong).

Hishammuddun yang juga Menteri Pertahanan berkata warga keselamatan tentunya gembira dengan titah Seri Paduka berhubung usaha menjaga kebajikan ATM dan PDRM serta iltizam untuk terus memperkukuh kedua-dua pasukan itu.

“Kita percaya dengan doa restu dan sokongan Tuanku, saya yakin anggota kita di kementerian akan terus bersemangat. Insya-Allah segala perancangan yang dibuat di peringkat kementerian dapat dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (BN-Jelebu) berkata titah Yang di-Pertuan Agong mengenai kedaulatan negara perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama ahli politik.

“Titah Seri Paduka cukup tegas terutamanya dalam memastikan pemerintahan negara tidak diganggu gugat oleh campur tangan asing. Kita juga perlu memastikan pilihan raya nanti ditentukan sepenuhnya oleh pengundi negara ini tanpa tekanan dan campur tangan asing,” katanya.

Khairy berkata beliau juga akan memastikan titah Seri Paduka supaya pelan TN50 (Pelan Transformasi Nasional 2050) mencerminkan suara rakyat akan dapat dilaksana.

“Banyak tugas yang diamanahkan kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dalam merealisasikan TN50 dan kita akan pastikan perancangan ini disertai penglibatan segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Menteri Pelajaran Datuk Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) juga menyambut baik titah Sultan Muhammad V agar dasar-dasar kerajaan, pendidikan serta aspirasi bersama baharu bagi semua rakyat Malaysia diteruskan melalui dasar TN50 yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) berkata usaha kerajaan memastikan defisit negara dikawal setiap tahun membuktikan kerajaan prihatin mengenai perkara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Kurup (PBRS-Pensiangan) pula berkata isu penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta pembocoran maklumat terperingkat kerajaan perlu dibasmi sebaik mungkin.

“Pada pendapat saya rasuah dalam kalangan penjawat awam merupakan penghalang utama bagi kita menyampaikan perkhidmatan atau manfaat dasar yang diwujudkan oleh kerajaan.

“Kami menyokong penuh semua tindakan pihak berkuasa…tindakan perlu diambil bagi membersihkan gejala ini,” katanya.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya akan mempercepat pembinaan 5,000 unit fasa pertama projek Rumah Transit Belia di Mukim Batu, Wilayah Persekutuan tahun ini.

Noh (BN-Tanjong Karang) berkata ia bagi merealisasikan usaha kerajaan untuk membantu golongan belia untuk memiliki rumah sendiri seperti yang dititahkan Sultan Muhammad V.

Yang di-Pertuan Agong bertitah setakat ini, kerajaan telah membina 77.1 peratus daripada sasaran pembinaan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 2013 hingga 2018 yang berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan termasuk yang telah siap.

Kerajaan juga bercadang membina 10,000 unit rumah untuk golongan muda dalam kumpulan M40 yang dikenali sebagai Rumah Mampu Milik bermula tahun ini dengan 5,000 unit akan dibina di tanah kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur, titah Seri Paduka.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2msUY22

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.