Terbuka Malaysia Lonjak Ranking Barty
JUARA Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia ALYA WTA 2017, Ashleigh Barty (kiri) dari Australia dan naib juara, Nao Hibino dari Jepun menunjukkan trofi masing-masing selepas persaingan perlawanan akhir hari ini.- Foto BERNAMA
PARIS: Pemain tenis Australia, Ashleigh Barty melonjak 66 anak tangga untuk berada di kelompok 100 terbaik dunia dalam ranking terkini dikeluarkan WTA hari ini, susulan kejayaannya menjuarai Terbuka Malaysia, semalam.
Selepas mara daripada pusingan kelayakan, Barty yang kini yang menghuni kedudukan ke-92, menewaskan pemain Jepun, Nao Hibino dalam aksi final di Kuala Lumpur untuk merangkul gelaran WTA pertamanya.
Kedudukan kelompok teratas tidak berubah dengan pendahulu tidak beraksi minggu lalu tetapi pemain Ukraine, Lesia Tsurenko melonjak sembilan anak tangga untuk berada di kedudukan ke-41, susulan kejayaan di Acapulco, Mexico.
Lawan yang ditewaskan Tsurenko di pentas final Acapulco, Kristina Mladenovic dari Perancis turut naik ke tangga 26 dunia. – AFP
Info: Kedudukan ranking WTA
1. Serena Williams (USA) 7,780 pts
2. Angelique Kerber (GER) 7,405
3. Karolina Pliskova (CZE) 5,640
4. Simona Halep (ROM) 5,172
5. Dominika Cibulkova (SVK) 5,075
6. Agnieszka Radwanska (POL) 4,670
7. Garbine Muguruza (ESP) 4,585
8. Svetlana Kuznetsova (RUS) 3,915
9. Madison Keys (USA) 3,897
10. Elina Svitolina (UKR) 3,795
11. Johanna Konta (GBR) 3,600
12. Petra Kvitova (CZE) 3,310
13. Venus Williams (USA) 3,280
14. Caroline Wozniacki (DEN) 3,020
15. Elena Vesnina (RUS) 2,340
16. Timea Bacsinszky (SUI) 2,303
17. Victoria Azarenka (BLR) 2,131
18. Samantha Stosur (AUS) 2,120
19. Barbara Strycova (RUS) 2,050
20. Kiki Bertens (NED) 1,939
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lOcoC6✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment