Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siti Kassim Tolak Pertemuan Dengan Zakir Naik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siti Kassim Tolak Pertemuan Dengan Zakir Naik

Spread the love

MUNGKIN hanya pandai merperjuangankan retorik hak asasi manusia namun hakikatnya tidak berani bersemuka dengan kebenaran.

Itu gambaran sesuai yang layak diberikan kepada aktivis liberal, Siti kassim selepas menolak pelawaan untuk bertemu dengan pendakwah antarabangsa Dr. Zakir Naik bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan.

Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim enggan bersemuka dengan pendakwah itu selepas Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya cuba mengaturkan pertemuan dengannya .

Kaitan: ‘Saya Tak Kisah Bertemu Dengan Mereka’ – Zakir Naik

Peguam wanita itu dalam status terbaharu di laman Facebook menanggap cadangan pertemuan itu sebagai ‘bodoh’ dan hanya mahu pihak berkenaan berhenti membuang masa.

Mari kita ketepikan cabaran bodoh perbahasan di antara saya dan Dr. Zakir Naik.

Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak produktif dengan apa yang orang lain fikir mengenai saya, maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya. Jadi berhenti buang masa saya,” katanya.

Menurutnya, mengapa hanya dia dan Asiah Abdul Jalil yang disebut-sebut untuk berdebat sedangkan, dalam saman tersebut terdapat 19 orang yang mengutarakan perkara sama.

Fakta bahawa terdapat ‘seekor keldai’ memilih saya dan Asiah amat ketara sekali menggunakan isu gender. Adakah mereka fikir wanita tidak berani berhadapan isu ini.

Terdapat 19 orang sependapat dalam saman itu dan mereka hanya menyerang dua daripada kita,” kata wanita itu.

Kenyataan Siti Kasim itu dipercayai merujuk kepada tindakan 19 aktivis liberal termasuk dirinya dan Asiah Jalil untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah itu ancaman kepada keselamatan negara.

Semalam, Fathul Bari menyifatkan perjuangan Siti Kassim, hanya retorik semata-mata jika dia enggan bertemu Dr Zakir Naik dan maklum balas kesediaan pendakwah antarabangsa itu dimuat naik menerusi laman sosial pada Jumaat lepas. -MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mLsVM3

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.