Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelancongan Korea Cedera Ringan, Terkejut Kemunculan Kera Liar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelancongan Korea Cedera Ringan, Terkejut Kemunculan Kera Liar

Spread the love

KUANTAN – Seorang pelancong lelaki Korea Selatan cedera ringan selepas ‘diserang’ sekumpulan kera liar di Pantai Teluk Cempedak di sini, hari ini.

Serangan itu berlaku ketika Pyoeng Seok, 69, bersiar-siar seorang diri pada kira-kira 11 pagi di pusat peranginan itu, kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusoff.

Mangsa yang dikatakan sedang berjalan menuju ke Teluk Tongkang bersebelahan Teluk Cempedak, terkejut bila melihat sekumpulan kera liar ‘sedang mengekorinya’.


Melihat gerak laku haiwan itu seolah-olah akan menyerangnya, mangsa lantas melarikan diri.

Namun mangsa terjatuh di celah-celah batu menyebabkan dia cedera di kepala dan calar di tangan, kata Zainal semasa dihubungi di sini.

Katanya, APM dimaklumkan tentang kejadian pada pukul 11.13 pagi dan lima anggota serta sebuah ambulan dikejarkan ke tempat kejadian.

Mangsa diberikan rawatan kecemasan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta di sini untuk pemeriksaan lanjut, tambahnya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mLxu94

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.