Hubungan KL-Pyongyang Tidak Lagi Sama – Reezal Merican
KUALA LUMPUR: Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tidak lagi sama berbanding sebelum pembunuhan Kim Jong Nam.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, insiden itu telah memberi kesan kepada kedua-dua negara.
“Keadaan tidak lagi sama,” katanya selepas menghadiri perasmian Mesyuarat Pertama Majlis Penggal Kelima, Parlimen ke-13 di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada kerajaan akan mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara selepas dutanya, Kang Chol diisytiharkan sebagai Persona Non Grata pada Sabtu dan diminta meninggalkan negara ini dalam masa 48 jam.
Kang Chol diminta ke Wisma Putra pada pukul 6 petang, Sabtu tetapi gagal berbuat demikian.
Kerajaan Malaysia juga menuntut permohonan maaf bertulis daripada Korea Utara kerana tuduhan yang dibuat dutanya mengenai siasatan pembunuhan Jong Nam pada 13 Februari lalu.
Beliau berkata, Wisma Putra mematuhi Konvensyen Vienna dan perundangan berkaitan melibatkan isu Kang Chol.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2md1ARC✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment