Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hovid Terima Lesen Pembuatan Bagi Kilang Di Chemor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hovid Terima Lesen Pembuatan Bagi Kilang Di Chemor

Spread the love

KUALA LUMPUR – Hovid Bhd menerima lesen pembuatan bagi kilangnya di Chemor daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan.

Lesen itu sah dari 6 Mac, 2017 hingga 31 Dis, 2017, dan boleh diperbaharui tiga bulan sebelum tamat tempoh, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Bagaimanapun, lesen pembuatan bagi kilangnya di Ipoh di Jalan Tunku Abdul Rahman (sebelum ini Jalan Kuala Kangsar), Ipoh, Perak menunggu selesai tindakan pembetulan yang sedang dilaksanakan.

Syarikat farmaseutikal itu menyasarkan untuk menyelesaikan tindakan pembetulan bagi kilangnya di Ipoh untuk mematuhi Amalan Pembuatan Baik pada masa ini yang dikehendaki oleh Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada akhir Mac 2017.

Pengeluaran semula lesen itu tertakluk kepada NPRA yang berpuas hati dengan tindakan pembetulan yang diambil oleh Hovid, katanya.

“Kami menjangka untuk memperoleh keputusan daripada NPRA bagi kilang kami di Ipoh pada akhir Mei 2017,” menurut syarikat farmaseutikal itu. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mMMJP1

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.