Hi! Welcome Back and Stay Tune! Corak Tatu Tidak Boleh Jadi Bukti Tentukan Identiti Sebenar Kim Chol – KPN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Corak Tatu Tidak Boleh Jadi Bukti Tentukan Identiti Sebenar Kim Chol – KPN

KUALA LUMPUR: Corak atau tanda kekal pada tubuh seperti lukisan tatu tidak boleh digunakan sebagai bukti pengesahan identiti dalam siasatan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Chol pada 13 Feb lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini.

“Tidak boleh”, itu jawapan ringkasnya apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang mencadangkan bahawa identiti Kim Chol, yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin utama Korea Utara Kim Jong-un, boleh dikenal pasti melalui lukisan tatu pada badannya.

Khalid yang dihubungi Bernama melalui WhatsApp hari ini bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai sebarang tanda kekal atau tatu yang dikesan pada mayat Kim Chol.

Menurut laporan akhbar itu, dipercayai di perut Jong-nam terdapat corak tatu yang memaparkan imej seorang lelaki bersama dua ekor ikan kap Jepun selain satu lagi corak tatu di lengan kirinya, berdasarkan gambar Jong-nam yang dirakam pada tahun 2013 di sebuah hotel di Singapura.

Kim Chol dengan pasport bernombor 836410070 dan dilahirkan di Pyongyang pada 10 Jun 1970 dilaporkan memasuki Malaysia pada 6 Feb lepas.

Pada 13 Feb lalu, dilaporkan Jong-nam sedang menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau di klia2 apabila dua wanita secara tiba-tiba menyapu mukanya dengan cecair yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam dilaporkan meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lSq00d

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.