Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cuba Liwat Remaja, Pengawal Keselamatan Dipenjara Enam Tahun, Satu Sebatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cuba Liwat Remaja, Pengawal Keselamatan Dipenjara Enam Tahun, Satu Sebatan

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Selayang di sini, hari ini kerana cuba meliwat remaja berusia 13 tahun yang merupakan anak lelaki rakan sekerjanya.

Hakim Zarifah Zainal Abidin menjatuhkan hukuman itu selepas Shamizal Shamsuddin, 32, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di sebuah sungai di Batu Caves di sini pada 1.05 petang, 26 Feb lepas.

Mahkamah memerintahkan tertuduh, yang masih bujang, menjalani hukuman penjara itu daripada tarikh dia ditangkap pada 26 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh yang baru tiga bulan bekerja di syarikat ibu mangsa bekerja, telah membawa mangsa ke sebuah tempat mandi dan mengarahkan mangsa membuka seluarnya.

Tertuduh juga mengugut mangsa bahawa dia akan memukulnya jika memberitahu perkara itu kepada keluarganya tetapi mangsa memberitahu ibunya sebelum pengecaman dilakukan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahida Wan Omar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mX9ahw

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.