Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahu Beramal, Lelaki Ini Buat Perkhidmatan Van Jenazah Percuma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahu Beramal, Lelaki Ini Buat Perkhidmatan Van Jenazah Percuma

Bangi, 5 Mac – Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk beramal jariah. Jika sebelum ini ada pihak yang beramal dengan memberi petrol percuma, Mohd Zulhairi Zainol pula mahu membuat kebaikan dengan menawarkan perkhidmatan van jenazah percuma.

Perkhidmatan percuma itu ditawarkan oleh Zulhairi menerusi kumpulan Facebook Bandar Baru Bangi Community sebelum ia menjadi viral.

Menurut Zulhairi, perkhidmatan van jenazah percuma itu ditawarkan kepada golongan kurang berkemampuan yang boleh digunakan untuk membawa jenazah dari hospital ke rumah atau ke tanah perkuburan.

Khimat PERCUMA van jenazah untuk golongan kurang berkemampuan jika berlakunya kematian, insha Allah saya akan membawa waris untuk membawa jenazah dari hospital ke rumah atau ke tanah perkuburan.

Jika waris yang berkemampuan ingin menggunakan khimat van jenazah nie cukup lah sekadar isi petrol dan tol sahaja. Dan disertakan kit jenazah lengkap secara percuma.” tulis Zulhairi.

Kata beliau lagi, van jenazah ini dijangkakan akan beroperasi sepenuhnya pada minggu hadapan.

Selain itu, beliau juga berkata kereta tersebut adalah sumbangan dari pengikut Facebook dan sebahagian warga bandar baru Bangi yang mengenali beliau.

Semoga adanya van jenazah ni secara percuma dapat lah membantu jika ada yang memerlukan. Van nie adalah sumbangan dari seluruh followers facebook saya…dan sebahagian warga-warga bandar baru bangi yang mengenali saya.

Insha Allah van jenazah ini akan beroperasi sepenuhnya minggu hadapan.” tulis beliau.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2moDvHS

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.