Hi! Welcome Back and Stay Tune! Golongan Belia Perlu Ikon Capai Aspirasi TN50 – Idris Jusoh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Golongan Belia Perlu Ikon Capai Aspirasi TN50 – Idris Jusoh

BESUT: Golongan belia memerlukan seorang ikon yang tepat dalam memeta hala tuju kehidupan dan pencapaian dihasratkan dalam usaha merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata ikon berkenaan akan dapat memacu mereka agar lebih fokus dalam pencapaian yang diinginkan, sekali gus membantu mencipta kejayaan selaras dengan hasrat TN50.

“Seperti hari ini, belia-belia di Besut, diberikan gambaran seorang anak muda atau ikon bernama Firdaus Imtiaz yang mengecap pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Beliau digambarkan bukan sahaja seorang Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat multinasional, tetapi seorang hafiz Al-Quran, dermawan, penyayang dan mempunyai kelayakan akademik cemerlang di universiti terkemuka dunia, Harvard University di Amerika Syarikat.

“Gambaran seorang ikon seperti ini mudah melekat pada minda generasi muda dan ia antara inisiatif membantu mereka untuk lebih fokus dan hala tuju yang tepat dalam meraih kejayaan dalam apa jua bidang diceburi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas sesi Dialog TN50 peringkat Besut bertajuk ‘Firasat Firdaus Imtiaz’ di sini pada Sabtu.

BACA: Ketepikan perbezaan demi TN50 – TPM Zahid

TN50 yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Januari lepas, adalah untuk memeta hala tuju negara bagi tempoh 30 tahun selepas 2020, dan setakat ini, sesi jelajahnya telah diadakan di Sabah dan Terengganu.

Objektifnya adalah mewujudkan platform dan mengumpul idea serta pandangan golongan belia dan ulama muda dalam sesi ‘townhall’ bagi merancang dan menggerakkan pembangunan TN50.

Seorang peserta sesi dialog, Mohd Fahamie Hussin, 27, berkata walaupun karakter Firdaus Imtiaz hanya gambaran, namun kualiti dan pencapaiannya dalam akademik dan seorang huffaz tidak mustahil dicapai golongan belia masa kini.

“Saya percaya jika belia di negara ini lebih fokus dan konsisten dengan setiap matlamat ingin dicapai, ditambah dengan pelan tindakan efektif, saya pasti aspirasi TN50 untuk menjadikan masyarakat kita antara terbaik di dunia akan tercapai,” katanya.

Idris yang juga anggota Parlimen Besut pada sesi dialog tersebut, turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 peringkat kebangsaan, Siti Zubaidah Ismail.

Siti Zubaidah, 19, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, seorang anak penoreh getah, memperoleh keputusan 4A atau 4.0 pada peperiksaan itu.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n0RIYF

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.