Kajian: Lelaki Mudah Terpikat Pada Wanita Bersuara Lembut
Perempuan, bagaimanakah cara anda bercakap? Adakah gaya percakapan dengan suara lembut atau sebaliknya?
Satu kajian yang dilakukan oleh Albright College menyimpulkan, lelaki menyukai wanita yang bersuara lembut.
Seramai 40 pelajar yang terdiri daripada 20 lelaki dan 20 wanita diminta untuk memanipulasi suara mereka dari level suara 1 hingga 10. Dan seramai 40 pelajar lain diminta mendengar rakaman tersebut.
Hasilnya, wanita berfikir suara lelaki ketika sedang berkeyakinan tidak terlalu menarik. Lelaki turut berfikir serupa. Sebaliknya, para lelaki berfikir wanita sangat menarik apabila mereka menurunkan nada suara dan melambatkan gaya ucapan. Selain itu, lelaki juga terpikat dengan suara wanita yang lembut tetapi sedikit serak.
Kajian ini turut menyatakan, kemampuan seseorang mengubah suara adalah hasil daripada perubahan evolusi. Sebagai haiwan-haiwan yang menggunakan suara untuk memikat lawan jenis, suara adalah salah satu faktor yang membantu manusia dalam mencari cinta sejati. Demikian seperti dipetik dari Timesofindia.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mESNcn✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment