Hi! Welcome Back and Stay Tune! UMNO Selangor Susun Sistem 'Pengurusan Mikro' Hadapi PRU-14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UMNO Selangor Susun Sistem 'Pengurusan Mikro' Hadapi PRU-14

SHAH ALAM: UMNO Selangor akan lebih fokus untuk menyusun sistem ‘pengurusan mikro’, sebagai antara taktik merampas semula negeri itu daripada parti lawan, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata gerak kerja jentera Barisan Nasional (BN) yang meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar tahun lepas juga akan diguna semula malah diperkemaskan lagi mencakupi setiap sudut.

“Kita banyak belajar daripada kesilapan lalu, ada beberapa faktor yang terlepas pandang, contohnya jentera kurang tersusun sehingga meyebabkan pengundi (di kawasan) putih tidak keluar mengundi. Kita sedar dan kita susun semula gerak kerja.

“Pastinya BN Selangor ada sistem yang lebih berkesan dan kita bersedia untuk berhadapan parti lawan tak kira berapa penjuru,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2017, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata walaupun kelemahan parti lawan boleh memberi kemenangan kepada BN, namun pihaknya tidak akan sekali-kali bersandarkan kepada faktor itu, sebaliknya terus memperkukuh kekuatan jentera BN sendiri.

Noh berkata UMNO Selangor juga sedang mengesan untuk mendaftarkan lebih banyak rakyat Malaysia yang layak mengundi namun belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) khususnya bagi kelompok individu ‘ber-DNA’ UMNO.

“Kita sudah kesan 140,000 rakyat ‘ber-DNA’ UMNO iaitu sama ada ibu bapa orang UMNO atau ibu atau bapa anggota parti ini yang belum daftar sebagai pengundi. Kita akan pastikan mereka berdaftar dan keluar mengundi.

“Golongan muda diingatkan supaya tunaikan tanggungjawab kerana hak yang diberi untuk tentukan masa depan negara ini tidak patut diabaikan,” katanya.

Noh berkata pelbagai program dan kerjasama yang terjalin antara Malaysia dengan China dan Arab Saudi baru-baru ini juga menepis dakwaan pembangkang yang memburukkan imej negara.

Sebaliknya kata Noh, usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu menunjukkan impak yang amat positif kerana telah berjaya menarik lebih banyak sokongan kaum bukan Melayu kembali menyokong kerajaan.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lLyYw0

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.