Tindakan Lebih Tegas Terhadap Pembuli – PDRM
Spread the love
KUALA TERENGGANU – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengenakan tindakan lebih tegas terhadap pelajar yang didapati terbabit dalam kes buli, gaduh dan merusuh.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata mulai Januari tahun ini, mereka yang terlibat dalam kes buli akan ditahan di lokap polis sementara pihaknya mendapatkan perintah reman.
“Kita memandang serius penglibatan pelajar dalam kancah jenayah…jika tindakan awal tidak diambil, ia akan terus berleluasa dan boleh menjerumus kepada kesalahan lebih besar termasuk pembunuhan dan pengedaran dadah.
“Walaupun tindakan ini dilihat agak keras, namun, ia adalah usaha bagi mencegah insiden tidak diingini,” katanya pada sidang media selepas penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin di sini, hari ini.
Mohmad berkata kes buli kini mudah didedahkan berikutan adanya media sosial.
“Dahulu pun ada kes buli, namun, ia tidak digambarkan kerana tiada teknologi seperti sekarang yang dapat menunjukkan dengan jelas mangsa dipukul tanpa belas kasihan,” katanya.
Beliau juga berharap semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kesalahan melibat pelajar tidak berleluasa. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment