Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerjasama Umno-Pas Bukan Kerjasama Politik – Mohd Amar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerjasama Umno-Pas Bukan Kerjasama Politik – Mohd Amar

GOMBAK: Kerjasama antara Umno dan Pas hanyalah antara kerajaan dengan kerajaan, bukan kerjasama politik.

Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu sudah menyatakan pendirian tersebut dengan jelas.

“Jika hal berkaitan kepentingan negara,Islam, dan semua rakyat, memang kita akan bekerjasama tetapi ianya hanya antara kerajaan, tiada kerjasama politik.

“Kita akan lawan Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14,” kata beliau ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Taman Melewar, Batu Caves petang tadi.

Apabila ditanya mengenai proses rundingan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohd Amar berkata ia masih dalam peringkat perbincangan.

“Kami masih lagi berbincang. Tiada keputusan lagi dibuat,” jawab beliau.

Selain itu, beliau juga memberi reaksi kepada pertanyaan sama ada perlu atau tidak kerjasama politik berasaskan negeri antara parti-parti politik diwujudkan.

“Itu yang sedang dibincangkan. Kami sudah meminta negeri untuk melihat potensi keperluan untuk perkara itu dibuat.

“Selepas dikumpul, Pas Pusat akan menilai semula semua cadangan,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n0lW1D

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.