Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ukuran Sebenar Beg Kabin AirAsia Yang Boleh Masuk Pesawat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ukuran Sebenar Beg Kabin AirAsia Yang Boleh Masuk Pesawat

AirAsia boleh dikatakan syarikat penerbangan yang paling popular, bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia, bah kan di kalangan negara-negara lain di Asia Tenggara.

Meski pun sering dilabel sebagai syarikat penerbangan yang kapitalis kerana taktik pemasaran mereka yang licik menyembunyikan kos dan harga pada tiket, namun hakikatnya, AirAsia merupakan sebuah syarikat penerbangan yang paling ‘sporting’ sebelum ini.

Sehinggalah pada awal minggu ini kecoh di laman media sosial mengenai penguatkuasaan berat beg yang boleh dibawa sebagai beg kabinketika menaiki penerbangan AirAsia.

Ramai yang mencemuh tindakan AirAsia ini terutamanya di kalangan penumpang yang membawa beg kembara yang bersaiz besar sebagai beg kabin bagi mengelakkan membayar caj bagasi.

Berikutan isu ini, AirAsia menasihatkan para penumpang supaya menimbang dan mengukur beg mereka sebelum menaiki kapal terbang.

Oleh itu AirAsia ada mengeluarkan makluman saiz yang dibenarkan untuk cabin baggage iaitu hanya satu beg sahaja boleh dibawa dan ukurannya adalah tinggi 56 sentimeter dan lebar sebanyak 36 sentimeter (seperti di dalam gambar).

Selain itu para penumpang juga dibenarkan membawa satu beg tambahan seperti beg laptop, beg tangan, beg sandang atau beg kecil yang tidak melebihi 40 sentimeter x 30 sentimeter x 10 sentimeter dan muat untuk diletakkan di bahagian bawah tempat duduk hadapan.

Bagi melancarkan perjalanan dan lebih penjimat, AirAsia turut menasihatkan para penumpang untuk menempah bagasi yang hendak didaftar masuk terlebih dahulu.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2miJJpZ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.