Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak Terkejut Bapa Dalam Klip Video Kemalangan Di BKE - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak Terkejut Bapa Dalam Klip Video Kemalangan Di BKE

SINGAPURA: “Saya melihat bapa dalam klip video yang ditularkan,” menurut anak seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Bukit Timah (BKE) lewat petang semalam.

Lantas, Chin Jia Yi tertanya-tanya mengapa bapa beliau berada di kawasan kemalangan itu yang melibatkan sembilan penunggang motosikal, kesemuanya rakyat Malaysia, yang dirempuh sebuah van.

“Saya terus menghubungi ibu yang ketika itu baru sahaja menerima panggilan daripada bapa.

“Saya berasa sedikit lega kerana bapa hanya cedera di paha kiri setelah dihempap motosikal,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di perkarangan Hospital Khoo Teck Puat (KPTH) sementara menunggu waktu melawat bermula, ditemani ibu dan teman lelakinya.

BACA: Dua warga Malaysia maut nahas di Singapura

BACA: Identiti dua penunggang motosikal yang maut kemalangan di Singapura dikenal pasti

Kata Jia Yi, bapanya mungkin akan dibenarkan dari wad keluar hari ini.

Dalam kemalangan itu, dua penunggang motosikal warga Malaysia masing-masing berusia 34 dan 50 tahun, maut di tempat kejadian.

Enam penunggang lain yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan dibawa ke KPTH untuk mendapatkan rawatan.

Media tempatan melaporkan sekumpulan penunggang motosikal sedang berteduh daripada hujan ketika kejadian rempuhan itu berlaku.

Mengimbas kembali kemalangan itu, Jia Yi berkata, menurut bapanya, dia dan beberapa lagi penunggang motosikal berhenti untuk menyarung baju hujan kerana ketika itu hujan sudah bermula.

“Bapa tiba-tiba mendengar bunyi yang amat kuat lalu rebah bersama-sama yang lain.

“Bapa cerita pada ibu, dia bernasib baik kerana berada di hujung sekali ketika kejadian berlaku,” katanya.

Bapa Jia Yi, Chin Boh Fatt, 54, bekerja di sektor pembinaan di Singapura sejak 30 tahun yang lalu.

Dia pulang awal dari kerja pada hari kejadian, kata Jia Yi, yang menetap di Skudai.

Semalam, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata pemandu van rakyat tempatan berusia 25 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

Lesen memandu lelaki itu akan digantung serta-merta, kata SPF.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lPSVG1

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.