Hi! Welcome Back and Stay Tune! Muncul Juara All England, Chong Wei Beri Isyarat Tidak Akan Bersara Sehingga 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Muncul Juara All England, Chong Wei Beri Isyarat Tidak Akan Bersara Sehingga 2018

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengalahkan pilihan ke-10 dari China, Shi Yuqi
dalam aksi final Siri Super Premier All England, sebentar tadi.

Chong Wei mengalahkan Shi Yuqi dengan 21-12, 21- 10 dalam aksi yang memakan masa hampir 50 minit.

Kemenangan di Barclaycard Arena, Birmingham hari ini merupakan gelaran keempat All England Chong Wei selepas memenanginya pada 2010, 2011 dan 2014.

BACA: Peng Soon-Liu Ying naib juara All England

“All England ini ialah kejohanan kegemaran saya. Kemenangan ini saya tujukan kepada penyokong saya,” kata pemain No.1 dunia ketika ditemui sejurus selepas perlawanan berakhir. 

Chong Wei turut memberi jaminan akan beraksi dalam All England di Glasgow, Scotland pada 2018. 

“Ya, jumpa anda di sana,” jawab beliau ringkas. 

Chong Wei sebelum ini tidak berdepan masalah menewaskan pemain bukan pilihan dari Taiwan, Chou Tien Chen 10-21, 21-12, 21-9.

Shi Yuqi pernah kalah dua kali dengan Chong Wei pada Terbuka Kanada 2015 dan Terbuka Jepun 2016.

Shi Yuqi mengalahkan pemain pilihan keenam Lin Dan 24-22, 21-11 dalam separuh akhir sebelum ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2niGO18

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.